klik iklan-iklan menarik di bawah

Monday 22 October 2012

BIASISWA SUKAN MENANTI PEMENANG EMAS SUKIPT

Berita baik untuk atlet yang akab bertanding mewakili PIS ke SUKIPT !!!

Biasiswa Sukan menanti pemenang emas SUKIPT
BERITA baik buat barisan atlet yang bertanding pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SukIPT) 2012.Bagi pemenang pingat emas dalam setiap acara yang dipertandingkan pada temasya SukIPT 2012, atlet terbabit secara automatik layak menerima Biasiswa Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat 22 acara yang dipertandingkan dalam temasya SukIPT 2012 yang bermula 28 Oktober hingga 11 November depan.
"Biasiswa Sukan KPT ini kita hanya tawarkan kepada pelajar Malaysia yang menjadi johan dalam setiap acara yang disertai memandangkan kejohanan SukIPT 2012 ini turut disertai oleh pelajar antarabangsa.
"Kejohanan ini merupakan kali pertama kita anjurkan dan bagi memberi semangat kepada setiap pelajar yang menyertainya, jadi kita tawarkan kepada mereka biasiswa itu," katanya.
Saifuddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Bola Keranjang 3on3 institusi pengajian tinggi (IPT) 2012 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuantan semalam.
Pada karnival tersebut, sebanyak 31 pasukan membabitkan IPT dan tujuh buah sekolah mengambil bahagian bagi merebut Piala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pemenang karnival tersebut juga tidak terkecuali daripada menerima biasiswa yang sama dalam usaha menggalakkan lebih ramai pelajar menyertai sukan tersebut.
Ujar beliau, pemberian biasiswa tersebut membuktikan kerajaan serius untuk mencapai matlamat 30 peratus atlet negara adalah terdiri daripada pelajar IPT.
"Saya yakin matlamat ini akan berjaya dicapai kerana kita dapat lihat pada Sukan Olimpik lalu, sembilan daripada 30 atlet yang pergi ke sana (London) adalah daripada pelajar universiti," katanya.
Beliau memberitahu, selain mencapai hasrat tersebut, pihaknya turut menyasarkan untuk meraih pingat emas pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Laos, Disember depan.
"Matlamat jangka sederhana kita pula adalah untuk layak ke Sukan Universiti Dunia (WUG) yang begitu mencabar dan jika kita boleh menjadi juara pada AUG, kita ada peluang besar untuk menyertainya (WUG)," katanya.

untuk maklumat selanjutnya rujuk :

http://www.sukipt.com.my/index.php/78-sample-category/69-sukipt-2012
 

Saturday 13 October 2012

JEMPUTAN KEJOHANAN BOLASEPAK IPT ASEAN 4 PENJURU 2012

KEJOHANAN BOLASEPAK IPT ASEAN 4 PENJURU anjuran MSPM dengan kerjasama Politeknik Ibrahim Sultan berlangsung pada 3 hingga 6 Disember 2012. Kejohanan ini akan melibatkan penyertaan dari negara-negara luar seperti INDONESIA dan SINGAPORE.

Untuk itu, Unit Sukan PIS telah mengambil langkah awal untuk berkunjung ke BATAM, INDONESIA untuk mencari pasukan dari POLITEKNIK NEGERI BATAM dan UNIVERSITAS IBNU SINA. Alhamdulilah, atas lawatan tersebut pihak POLITEKNIK NEGERI BATAM dan UNIVERSITAS IBNU SINA telah mengesahkan kehadiran mereka awal-awal lagi. Alhamdulilah, urusan dipermudahkan oleh Allah swt.  

Semoga kejohanan yang bakal berlangsung akan menjadi titik mula Politeknik Ibrahim Sultan berkolaborasi dengan negara-negara jiran  khususnya dalam bidang sukan. Semoga juga dengan adanya iktan ukhuwah yang terjalin akan dapat kemanfaatan dari semua pihak ... AMINN...
DI UNIVERSITAS IBNU SINA
MENGADAKAN PERBINCANGAN BERSAMA WAKIL DIREKTOR DAN PENYERAHAN JEMPUTAN KEJOHANAN
ALHAMDULILAH
DI POLITEKNIK NEGERI BATAM
MENGADAKAN SESI DIALOG DAN PENERANGAN
SEMOGA IKATAN YANG TERJALIN KAN DIREDHAI OLEH ALLAH SWT
RAPAT UMUM BERSAMA KEPIMPINAN
KLIK
 
AKTIVITI PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA YAYASAN MIFTAHUL HASANAH RUMAH ANAK YATIM DI KAMPUNG MELAYU NONGSA