Thursday, 14 August 2014
Monday, 24 March 2014
LAPORAN BOLA SEPAK 9’S MEREBUT PIALA PENGARAH PIS
LAPORAN BOLA SEPAK 9’S MEREBUT PIALA PENGARAH PIS
Disediakan : En Mohd Azali Bin Zainal Abidin
Perlawanan bola sepak 9 sebelah bagi merebut Piala Pengarah PIS anjuran Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman
Politeknik Ibrahim Sultan yang turut dibantu oleh Seketariat Sukan Politeknik
Ibrahim Sultan telah dijalankan baru-baru ini. Program ini adalah
terbuka untuk warga Politeknik Ibrahim Sultan serta warga komuniti setempat. Sebanyak
16 Pasukan telah menyertai pertandingan ini. Antara Pasukan yang menyertai
pertandingan ini adalah :
1. SAUJANA FC
2. CFC FC A
3. CFC FC B
4. PIS A
5. CENDANA FC
6. SERINDIT FC
7. PASIR PUTIH
8. REAL PASIR GUDANG
9. PIS B
10. CAHAYA BAHARU
11. CENDANA JUNIOR
12. KOPOK FC
13. SERINDIT 8 FC
14. JPKK PIS FC
15. KUARTERS PG FC
16. KOTA MASAI FC
Format pertandingan
adalah secara liga dimana ada dua liga diwujudkan dan masa setiap perlawanan
adalah 15 minit dan rehat antara perlawanan adalah 3 minit. Kejohanan kali
pertama telah dimenangi oleh Saujana FC. Kedua CFC A FC dan Ketiaga adalah PIS
A. Kejohonan ini di rasmikan oleh Ketua Jabatan JKE Tuan Haji Mohamad Yusof Bin
Sulaiman.
LAPORAN 2014 POLYTECHNIC FUTSAL CHAMPIONSIP
LAPORAN 2014 POLYTECHNIC FUTSAL CHAMPIONSHIP
Baru-baru ini Politeknik Kota
Bahru dengan kerjasama MSP telah mengadakan kejohanan 2014
POLYTECHNIC FUTSAL CHAMPIONSHIP di Real Futsal Kota Bahru. Kejohanan ini adalah platform terbaik bagi
para peserta mencungkil bakat-bakat yang boleh diketengahkan dalam sukan Futsal. Secara tidak langsung
sukan ini dapat memberi pendedahan dan penglibatan kepada pelajar bagi aktiviti
di luar bilik kuliah.
Dalam kejohanan ini
3 buah politeknik di Johor iaitu Politeknik Mersing, Politeknik Metro Johor
Bahru dan Politeknik Ibrahim Sultan telah bergabung untuk membentuk satu
pasukan Futsal yang mantap. Latihan pusat telah di adakan pada 9 – 12 Januari
2014 untuk mengumpul pelajar ini seterusnya membuat pemilihan. Berikut ialah
pelajar yng terpilih :
MUHAMAD HAZIQ ASHRAFF B. SAIDAN
|
09DUP13F2015
|
950830-01-7725
|
PIS
|
|
MOHAMAD EMIELIO FIRDAUS B. MOHD NAWI
|
09DMB13F1011
|
950411-03-5363
|
PIS
|
|
MUHAMMAD HAFIZI B. M. ALI BAKRI
|
09DRG11F1032
|
931003-14-6685
|
PIS
|
|
MOHD FAZLE B. MOHAMAD
|
09DMB11D2006
|
930204-06-5465
|
PIS
|
|
MOHD SHAH RIZALB. YURMALIS
|
09DEP11F2011
|
931004-14-6185
|
PIS
|
|
KHIRUL ANUAR B. ABDUL RAHIM
|
09DRI12F2027
|
940702-10-5051
|
PIS
|
|
MUHAMMAD FIRDAUS B. MOHAMMAD SAH
|
09DRI13F2020
|
940817-01-5347
|
PIS
|
|
MUHAMMAD AMIRUL FAIZ B. MOHD AZAM
|
09DEM11F1073
|
930202-08-5729
|
PIS
|
|
MUHAMED HAFIZ B. SAMSUDIN
|
09DEM11F2022
|
920416-11-5293
|
PIS
|
|
MOHAMAD SYAFIQ AIDIL B. ZUHARI
|
30DLS13F2032
|
950516-11-5415
|
PMJB
|
|
ZAINOL ARIFFIN B. ZAINI
|
30DLS13F1022
|
951015-01-5883
|
PMJB
|
|
MOHD AKHBAR B. MOHD HAJAR
|
30DIB12F2011
|
931005-01-6745
|
PMJB
|
Di kejohanan tersebut Pasukan Johor telah memberi
tentangan yang sengit walaupun kali pertama pasukan ini bersatu selepas
pembubaran pasukan senior futsal PIS yang pernah mendpat tempat ke-3
keseluruhan Liga Futsal IPT kebangsaan 2011.
Berikut adalah keputusan perlawanan futsal :
1.
Politeknik
Johor 5 vs 1 Politeknik Perlis
2.
Politeknik
Johor 3 vs 3 Politeknik Pulau Pinang
3.
Politeknik
Johor 7 vs 1 Politeknik Kuala Lumpur
4.
Politeknik
Johor 1 vs 1 Politeknik Kelantan
5.
Politeknik
Johor 6 vs 2 Politeknik Selangor
6.
Politeknik
Johor 2 vs 2 Politeknik Terenganu
Walaupun tidak kalah namun Pasukan Futsal Johor gagal ke
peringkat seterusnya akibat defisit mata. Pujian harus diberi kepada pemain
futsal P. Johor yang berjaya memberi cabaran yang baik.
![]() |
Team Futsal PIS |
Sunday, 23 March 2014
KEJUARAAN PENCAK SILAT UPSI & JEMPUTAN ANTARABANGSA KE-5 2014
Pada 11 hingga 16 Mac 2014 yang lepas, Politeknik
Ibrahim Sultan telah menyertai Kejohanan
Kejuaraan pencak Silat Dan Jemputan Antarabangsa 2014. Kejohanan ini telah
dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)
. Kejohanan ini merupakan satu temasya pertandingan yang besar kerana
melibatkan penyertaan lebih dari 40 buah IPTA di seluruh negara.
Dalam kejohanan
tersebut, Politeknik Ibrahim Sultan berjaya mencatat keputusan yang
memberangsangkan dan berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan beberapa
pesilat pilihan dan ternama dengan berjaya meraih 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa
sekaligus memperbaiki keputusan pada musim lalu iaitu hanya berjaya meraih satu
pingat gangsa. Sekalung tahniah di ucapkan kepada pesilat Mohamad Muzakerien Bin Mohd Rafi, pelajar dari
Jabatan kejuruteraan Elektrik (JKE) yang berjaya mengharumkan nama Politeknik
Ibrahim Sultan kerana berjaya meraih pingat emas. Tahniah juga kepada pesilat Syed Muhammad Ikhwan Bin Syed Zin pelajar dari Jabatan kejuruteraan Elektrik (JKE) dan
pesilat Nur Fathiah Binti Mahadi
pelajar dari Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual ( JRKV) yang masing-masing
berjaya meraih pingat perak. Manakala pingat gangsa pula berjaya diraih oleh
pesilat Nashrah Sahar Binti Affandi dan pesilat
Nurul Najwa Binti Saharudin masing-masing adalah pelajar dari Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal.
Apa
yang lebih menarik, dua orang pesilat kita iaitu Nur Fathiah Binti Mahadi dan pesilat Nashrah Sahar Binti Affandi telah
dilamar oleh SUKMA JOHOR untuk
mewakili negeri Johor dalam Sukan Malaysia ( SUKMA ) pada hujung bulan Mei
nanti di Perlis. Manakala seorang pelajar kita iaitu Mohamad Muzakerien Bin Mohd Rafi akan terpilih untuk latihan pusat
ke sesi pemilihan Asian University Game ( AUG ) di Palembang nanti .
Pihak Unit Sukan dan seluruh Warga Politeknik
Ibrahim Sultan amat berbangga dengan semangat juang yang telah ditunjukkan oleh
pasa pesilat Politeknik Ibrahim Sultan. Mudahan Politeknik Ibrahim Sultan akan
terus cemerlang dalam bidang lapangan kejohanan silat olahraga.
![]() |
Tahniah buat pasukan silat PIS |
![]() |
Semasa majlis perasmian pembukaan |
![]() |
Bersama team uzbekistan |
![]() |
Bersama team uzbekistan 1 |
![]() |
Team PIS |
![]() |
semoga pesilat PIS terus cemerlang |
Wednesday, 19 February 2014
LAPORAN PENYERTAAN POLITEKNIK JOHOR KE KEJOHANAN SUKIPT 2014 KALI KE-2
LAPORAN SUKIPT 2014
POLITEKNIK JOHOR MERANGKUL PINGAT
DALAM TEMASYA SUKAN DI SUKIPT 2014 KALI KE-2
Pada 4 Februari 2014 hingga 16 Februari 2014
yang lepas , Politeknik Johor telah
berjaya merangkul 1 pingat emas dan 3 pingat perak dalam temasya Sukan Kejohanan
SUKIPT 2014 kali ke-2 yang berlangsung di sekitar Lembah Klang,
Selangor. Dalam kejohanan ini,
Politeknik Johor menghantar sebanyak 5 acara sukan yang dipertandingkan iaitu
hoki, memanah, tenpin bowling , taekwando dan pencak silat. Dalam acara yang dipertandingkan,
1 pingat emas berjaya di raih dari acara taekwando manakala pasukan hoki
Politeknik Johor pula berjaya menggondol 1 pingat perak dan tenpin bowling pula
berjaya meraih 2 pingat perak sekaligus memperbaiki keputusan SUKIPT pada tahun
lepas iaitu meraih hanya satu pingat perak dari acara memanah.
Dalam kejohanan
ini, sebanyak 107 kontinjen/ IPT yang
terdiri dari semua IPTA dan IPTS di seluruh
negara telah mengambil bahagian
dalam acara masing-masing yang melibatkan sebanyak 104 kontigen , 8,000 atlet,
2,500 pegawai serta 1,500 sukarelawan terlibat dalam acara gilang gemilang ini
yang diadakan setiap 2 tahun sekali. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri
Dato’ Haji Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin pada tanggal 3 Februari 2014
di Stadium UiTM, Shah Alam.
Pihak Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan
mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan yang diraih. Semoga atlet
Politeknik Johor akan terus cemerlang dalam setiap lapangan bidang sukan yang
diceburi. Harapan dari kami agar para pelajar khususnya para atlet akan terus cemerlang mengharumkan
nama Politeknik Ibrahim Sultan di
puncak persada seterusnya bergiat secara profesional dalam lapangan bidang
sukan yang diceburi hingga ke peringkat tertinggi.
Untuk melihat lebih foto sila klik link ini : http://unitsukanpis.blogspot.com/p/galeria-sukipt-2014.html
![]() |
Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang peserta bowling |
![]() |
Pasukan Bowling |
![]() |
Tahniah Diaz peserta bowling merangkul 2 pingat perak |
![]() |
Pasukan Hoki |
![]() |
Tahniah Pasukan Hoki membuat kejutan dengan meraih pingat perak |
![]() |
Sebahagian pasukan taekwando |
![]() |
Peserta memanah |
![]() |
Pasukan Bowling |
![]() |
Pasukan pesilat olahraga |
![]() |
Sebahagian pasukan silat olahraga![]() Tahniah pasukan taekwando meraih emas |
![]() |
lagu politeknik berkumandang |
Monday, 23 December 2013
PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PASUKAN HOKI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DI JAKARTA ,INDONESIA
LAPORAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN
PASUKAN
HOKI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DI
JAKARTA ,INDONESIA
DISEDIAKAN: EN
KHAIRULNAZRY BIN TALIB ( PENGURUS PASUKAN HOKI PIS)
Pada
25 hingga 28 November 2013, pasukan hoki lelaki Politeknik Ibrahim Sultan yang diwakili
oleh 15 orang pemaian dan 4 orang
pegawai telah mengadakan satu program
perlawanan persahabatan antarabangsa
bersama 2 buah Institusi Pengajian Tinggi Indonesia iaitu Universitas Trisakti
Jakarta dan Universitas Negeri Jakarta.
Siri perlawanan persahabatan atau di panggil “ Jakarta Tour 2013 “ ini adalah
bertujuan untuk menjalinkan kerjasama di dalam bidang sukan dan akademik
diantara Politeknik Ibrahim Sultan dengan Universitas yang telah di pilih ini.
Selain itu juga program ini dirangka bagi
membolehkkan pihak Politeknik mengenalpasti dan mempromosikan satu kejohanan
Hoki TVET Peringkat Asean di antara Institusi –institusi di rantau
asean yang dijadualkan akan berlangsung pada pertengahan tahun 2014.
Perlawanan
persahabatan pertama berlangsung pada 26 November 2013 jam 8.00 malam bertempat di Stadium Hoki
Senayan, Jakarta. Perlawanan pertama ini
pasukan PIS menentang pasukan dari Universitas Trisakti, Jakarta. Pasukan
hoki Universitas trisakti merupakan
Juara Liga DKI Jakarta untuk 3 tahun berturut-turut. Perlawanan ini di adili oleh 2 orang pengadil
juga dari Indonesia. Pasukan Universitas Trisakti ini telah mengejutkan pasukan
PIS dengan menbuat jaringan awal pada minit yang pertama. Namun begitu
pemain-pemain PIS tidak tergugat dan mereka telah melancarkan serangan demi
serangan untuk memburu gol penyamaan. Gol penyamaan hadir berselang 5 minit
dari jaringan pertama pasukan Universitas Trisakti hasil daripada pukulan sudut
penalti. Perlawanan pada malam ini lebih banyak di kuasai oleh pasukan PIS dan
kedudukan pada separuh masa pertama adalah
3-1 berpihak kepada PIS. Pada separuh masa ke-2 pasukan PIS menggandakan serangan dan
berhasil menambah 1 lagi gol pada penghujung babak perlawanan Unisakti telah
mendapat 1 gol lagi dan perlawanan berkesudahan PIS menewaskan Universitas Trisakti dengan jaringan 4-2. Perlawana tamat pada jam 10 malam.
Perlawanan
ke-2 pula berlangsung pada 27 November 2013 pada jam 6 pertang. Pasukan yang di
tentang pada kali ini adalah pasukan
Universitas Negeri Jakarta. Pasukan ini diperkuatkan oleh 3 orang pemain
hoki kebangsaan Indonesia. Kebanyakan pemain bagi UNJ ini adalah pemain bagi
daerah Jakarta. Perlawanan kali ini adalah lebih mencabar memandangkan
pemain-pemain pasukan UNJ ini lebih berpengalaman. Keadaan perlawanan lebih seimbang dan serang
menyerang di antara 2 pasukan sering sahaja berlaku. Kesudahan perlawanan ini berpihak kepada PIS
dengan jaringan 1-0. Setlah tamat
perlawanan ini pasukan PIS d pelawa
untuk bermain menentang bersama sebuah
pasukan kelab yang dibarisi oleh warga Belanda yang di kenali sebagai ISCI.
Setelah perbincangan di antara pengurus pasukan PIS bersetuju untuk bermain
selama 35 minit sahaja. Ini dilakukan kerana pemain keletihan kerana telah
bermain selama 70 minit ketika menentang UNJ. Pada perlawanan ini PIS telah
Berjaya membelasah pasukan ISCI dengan jaringan yang agak besar iaitu 6-0. Permainan tamat pada jam 9 malam.
Pada
hari terakhir pemain di bawa melawat ke Taman mini Indonesia di samping itu
pemain juga di beri kesempatan untuk membeli belah cenderamata dah keperluan
mereka di pusat membeli belah Mangga Dua. Namun begitu pada ketika para pemain
di bawa melawat tempat pelancongan di Jakarta, Pengawai-pegawai pasukan telah
mengadakan pertemuan bersama Bapak Drs. I Bonjol Siagian Ketua Biro Administrasi Kemahasiswaan
Universitas Trisakti di Kampus Universitas Trisakti. Pertemuan ini di lakukan
bagi membincangkan hubungan kolaborasi yang boleh di lakukan di samping
membincangkan tentang penawaran untuk menjemput Universitas Trisakti untuk
turut menyertai kejohanan hoki TVET peringkat ASEAN yang dijangkakan di adakan
pada tahun 2014. Pihak Universitas Trisakti menyatakan sokongan dan akan turut
serta menyertai sekiranya jadual pertandingan bersesuaian dengan jadual mereka.
Pasukan PIS meninggalkan bumi Indonesia
pada jam 7.30 malam 28 November 2013 dan
selamat tiba di KLIA pada jam 10.30 malam.
Segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar selama 4 hari di Negara
asing diharapkan dapat mematangkan mereka pada masa yang akan datang.
![]() |
BERGAMBAR BERSAMA PASUKAN HOKI UNIVERSITAS TRISAKTI, INDONESIA |
![]() |
BERGAMBAR BERSAMA PENGURUS KELAB ISCII JAKARTA |
![]() |
SIMBOLIK SALAM OLAHRAGA BERASAMA BIRO ADMINISTRASI KEMANUSIAAN UNIVERSITAS TRISAKTI |
![]() |
BERGAMBAR BERSAMA KELAB ISCII , JAKARTA |
![]() |
BERGAMBAR BERSAMA PASUKAN UNIVERSITAS NEGERI JAKARTA |
Monday, 2 December 2013
LAPORAN PERTANDINGAN CATUR RAKAN MUDA MERDEKA JOHOR BAHRU KE 23
LAPORAN PERTANDINGAN CATUR RAKAN
MUDA MERDEKA JOHOR BAHRU KE 23
Disediakan : MAZLINA BINTI MOHD TAHIR
Baru-baru ini, Politeknik
Ibrahim Sultan telah menghantar sepasukan pemain bagi menyertai Pertandingan
Catur di antara daerah-daerah negeri johor 2013 -
Piala menteri besar johor. Seramai 3 orang pelajar dan diiringi
oleh seorang pengurus telah menyertai pertandingan ini yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, Johor Bahru. Pertandingan catur ini telah
dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri
Johor dengan kerjasama Persatuan catur daerah Johor Bahru dan Pusat Kegiatan
Rakan Muda J.Bahru. Pertandingan ini merupakan platform terbaik bagi para
peserta mencungkil bakat-bakat yang boleh diketengahkan dalam sukan catur. Secara tidak langsung
sukan ini dapat memberi pendedahan dan penglibatan kepada pelajar bagi aktiviti
diluar bilik kuliah. Pertandingan ini mempunyai 3 kategori iaitu terbuka, bawah
17 dan bawah 12. Format pertandingan merupakan 5 pusingan Swiss dengan kawalan
masa 20 minit bagi setiap pusingan.
Memandangkan Politeknik
Ibrahim Sultan mempunyai pemain catur yang pernah bertanding pada Sukan IPT
yang lalu, serta pembabitan para peserta secara serius dalam sukan ini maka
wajarlah pelajar-pelajar ini dicungkil bakatnya melalui kejohanan-kejohanan ada
samada di sekitar Johor atau diluar negeri Johor bagi memberi pengalaman dan
mengasah lagi bakat mereka. Melalui kejohanan yang mereka sertai ini akan
memberikan mereka lebih banyak pengalaman serta tidak gementar bagi menghadapi
kejohanan yang lebih besar.
Sepanjang pertandingan
berlangsung, semua wakil yang mewakili politeknik Ibrahim Sultan telah
menunjukkan komitmen yang baik. Walaupun tidak berjaya memenangi mana-mana
kategori namun para peserta telah mendapat banyak pengalaman daripada
pertandingan yang dianjurkan selaras dengan objektif utama memberi pendedahan
kepada para pelajar untuk menimba sebanyak mana pengalaman sepanjang
pertandingan yang disertai. Para peserta juga tidak merasa berputus asa diatas
kegagalan yang dialami malah menerima dari sudut positif bahawa penyertaan kali
ini adalah untuk menambah pengalaman dan pengetahuan tentang sukan catur.
Diharapkan semoga para
pelajar akan terus diberi pendedahan dengan menyertai kejohanan yang lebih
besar bagi membuka minda mereka disamping memahirkan mereka dengan
teknik-teknik catur yang lebih berguna. Semoga sukan catur akan lebih berjaya
sepertimana sukan-sukan yang lain yang telah wujud di Politeknik Ibrahim
sultan.
Subscribe to:
Posts (Atom)