klik iklan-iklan menarik di bawah

Thursday 22 August 2013

LAPORAN KURSUS KEPEGAWAIAN KELAB BELIA DAN SUKAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN


          Pada 19 hingga 21 Julai 2013 yang lepas, seramai 40 orang ahli Kelab Belia Dan Sukan, Politeknik Ibrahim Sultan telah mennyertai Kursus Kepegawaian Kelab Belia Dan Sukan di Suara Chalet Resort, Mersing, Johor. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai kira-kira 40 orang ahli dari Kelab Belia Dan Sukan dan dua orang penasihat kelab iaitu En Mohd Fairullah Bin Muhammadon dan En Mohamed Rafi Bin MS Solaiman.
            Kelab Belia Dan Sukan, Politeknik Ibrahim Sultan adalah merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan oleh Unit Sukan, Politeknik Ibrahim Sultan bagi melicinkan lagi sistem pengurusan organisasi Unit Sukan, Politeknik Ibrahim Sultan. Sekaligus merapatkan lagi hubungan diantara pelajar dengan staf Unit Sukan. Kursus seperti ini membolehkan para peserta untuk terlibat secara langsung dengan kejohanan-kejohanan yang dilakukan oleh pihak Unit Sukan serta mempelajari selok belok pengurusan sesuatu kejohanan sukan itu dilaksanakan. Kursus Kepegawaian Kelab Sukan dan Rekreasi ini adalah merupakan Kelab Sukan dan Rekreasi yang pertama yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Oleh itu, program seperti ini perlu dilaksanakan bagi memacu usaha agar dapat melahirkan kecemerlangan bagi Unit Sukan seiring untuk mencapai matlamat Politeknik bagi berstatus Universiti pada tahun 2015. Selain itu, melalui kursus ini dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdaya saing. Adalah juga dirasakan bahawa dengan adanya program seumpama ini pelajar-pelajar dapat melatih diri agar sentiasa proaktif bukan sahaja dalam bidang akademik malahan bidang kokurikulum serta pengurusan. Oleh yang demikian, pihak Unit Sukan berharap dengan adanya kursus ini dapat membantu dan membimbing pelajar-pelajar ke arah menjadi insan yang seimbang dari pelbagai aspek seperti jasmani, emosi , rohani, intelek dan sumber modal insan yang akan menggarap kesinambungan kecemerlangan negara.


            Para peserta perlu melalui modul-modul dalam kursus ini seperti Kesedaran Potensi Diri, Pengurusan Kendiri, Mental Warior, Kuasai Arus Komunikasi berkesan dan halangan. Selain dapat membantu meningkatkan pencapaian kecemerlangan sistem pengurusan Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan, kursus ini juga mampu membentuk sebuah Kelab Sukan dan Rekreasi yang proaktif dan dinamik. Disamping dapat memahirkan para peserta mengenai cara pengurusan sesebuah organisasi dan kejohanan-kejohanan sukan di Politeknik Ibrahim Sultan.

            Semoga dengan adanya program ini dapat membantu meningkatkan lagi kecemerlangan sistem pengurusan dan pentadbiran Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan di masa akan datang. Disamping dapat melahirkan pelajar yang berkepimpinan serta proaktif dalam menjayakan sesuatu kejohanan atau majlis yang dilaksanakan di Politeknik Ibrahim Sultan yang secara tidak langsung akan menjaga nama baik serta imej Politeknik Ibrahim Sultan dalam merealisasikan matlamat Politeknik untuk menjadi sebuah institusi bertaraf Universiti menjelang tahun 2015 akan lebih cemerlang untuk direalisasikan.
SEBAHAGIAN PESERTA BERGAMBAR KENANGAN
KHUSYUK MENDENGAR SEMINAR
BERSIAP SEDIA UNTUK PROGRAM, SETERUSNYA
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
MAJLIS ILMU
SENAMAN PAGI
SALAH SATU AKTIVITI RIADAH
PENYAMPAIAN HADIAH

Tuesday 13 August 2013

CSR KOLABORASI DAN KHIDMAT KOMUNITI DI INDONEISA

LAPORAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PELAJAR
( KOLABORASI DAN KHIDMAT KOMUNITI )
DI BATAM DAN TANJUNG PINANG INDONESIA:

              Dalam usaha menjadikan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia, Politeknik Ibrahim Sultan telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kegiatan mempromosi dan menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan dan komuniti global di  luar negara.  Sehubungan dengan itu, pada  26 hingga 28 Julai 2013 yang lepas, Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan telah menggalas cabaran dengan menganjurkan Program Pengantarabagsaan Pelajar  ke Batam Dan Tanjung Pinang Indonesia yang melibatkan akitiviti Kolaborasi Dan Khidmat Komuniti. Dalam program ini seramai 20 orang pelajar telah terlibat diiringi  bersama dengan 3 orang pegawai pengiring iaitu En Mohd Fairullah Bin Muhammadon, En Mohamed Rafi Bin M.S Solaiman dan En Khairul Nazry Bin Talib.

Objektif utama program ini  selain dapat menjana mahasiswa yang lebih beridealisme, proaktif dan kreatif serta mampu berdaya saing menerusi pemerhatian serta penglibatan  yang lebih terbuka di peringkat global, program ini juga mampu memberikan beberapa impak seperti memartabatkan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia amnya dan Politeknik Ibrahim Sultan  khususnya pada kelasnya tersendiri dengan dunia luar dalam hasratnya mencapai status bertaraf antarabangsa seiring dengan pendekatan transformasi politeknik ke arah globalisasi Melalui program khidmat komuniti ini juga para peserta dapat menanamkan sifat kasih sayang dan peka kepada  perkembangan nasib masyarakat yang menimpa  terutama di peringkat  global.

Pada hari pertama, peserta  telah melawat ke rumah panti asuhan anak-anak yatim dan menghulur sedikit bantuan berupa sumbangan cenderahati, wang ringgit dan pakaian-pakain kepada anak-anak yatim. Pesrerta juga mendiami rumah keluarga angkat mereka di Perkampungan Kampung Melayu Batu Besar Nongsa, Batam.  Pada sebelah petang, peserta membuat pertunjukan permainan hoki kepada masyarakat kampong dan anak-anak yatim panti asuhan Yayasan Miftahul Hasanah.

Pada hari kedua dan ketiga  peserta telah berangkat ke Tanjung Pinang, Indonesia dengan menaiki feri yang memakan masa hampir sejam dari Terminal Feri Punggor, Batam dan terus menuju ke Sebuah Perkampungan Pulau Penyengat untuk membuat aktiviti gotong royong pembersihan masjid yang tertua di daerah ini iaitu Masjid  Telur Pulau Penyengat yang diibna sejak tahun 1844. Peserta juga dibawa kelililng pulau ini dengan menaiki beca motor untuk melawat tempat-tempat peninggalan sejarah di pulau ini seperti makam-makam, istana lama dan kubu benteng pertahanan semaasa zaman penjajahan British.

      secara keseluruhan, program ini mencpai objektif seperti tyang telah disasarkan  secara tidak langsung  impak dan kesan yang positif dalam mencapai matlamat meningkatkan imej politeknik khususnya Politeknik Ibrahim Sultan ke arah Transformasi politeknik untuk menjadikan Politeknik ini terkenal di peringkat global.