klik iklan-iklan menarik di bawah

Wednesday, 19 February 2014

LAPORAN PENYERTAAN POLITEKNIK JOHOR KE KEJOHANAN SUKIPT 2014 KALI KE-2

LAPORAN SUKIPT 2014

POLITEKNIK JOHOR MERANGKUL PINGAT DALAM TEMASYA SUKAN DI SUKIPT 2014 KALI KE-2

Pada 4 Februari 2014 hingga 16 Februari 2014 yang lepas , Politeknik Johor  telah berjaya merangkul 1 pingat emas dan 3 pingat perak dalam temasya  Sukan   Kejohanan SUKIPT 2014 kali ke-2 yang berlangsung di sekitar Lembah Klang, Selangor.  Dalam kejohanan ini, Politeknik Johor menghantar sebanyak 5 acara sukan yang dipertandingkan iaitu hoki, memanah, tenpin bowling , taekwando  dan pencak silat. Dalam acara yang dipertandingkan, 1 pingat emas berjaya di raih dari acara taekwando manakala pasukan hoki Politeknik Johor pula berjaya menggondol 1 pingat perak dan tenpin bowling pula berjaya meraih 2 pingat perak sekaligus memperbaiki keputusan SUKIPT pada tahun lepas iaitu meraih hanya satu pingat perak dari acara memanah.

Dalam kejohanan ini, sebanyak 107 kontinjen/ IPT  yang terdiri dari semua IPTA dan IPTS di seluruh  negara  telah mengambil bahagian dalam acara masing-masing yang melibatkan sebanyak 104 kontigen , 8,000 atlet, 2,500 pegawai serta 1,500 sukarelawan terlibat dalam acara gilang gemilang ini yang diadakan setiap 2 tahun sekali. Kejohanan  ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin pada tanggal 3 Februari 2014 di Stadium UiTM, Shah Alam.


Pihak Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan yang diraih. Semoga atlet Politeknik Johor akan terus cemerlang dalam setiap lapangan bidang sukan yang diceburi. Harapan dari kami agar para pelajar khususnya  para atlet akan terus cemerlang mengharumkan nama Politeknik Ibrahim Sultan di puncak persada seterusnya bergiat secara profesional dalam lapangan bidang sukan yang diceburi hingga ke peringkat tertinggi. 

Untuk melihat lebih foto sila klik link ini :   http://unitsukanpis.blogspot.com/p/galeria-sukipt-2014.html

Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang peserta bowling
Pasukan Bowling 
Tahniah Diaz peserta bowling merangkul 2 pingat perak 
Pasukan Hoki
Tahniah Pasukan Hoki membuat kejutan dengan meraih pingat perak
Sebahagian pasukan taekwando
Peserta memanah
Pasukan Bowling
Pasukan pesilat olahraga
Sebahagian pasukan silat olahraga




Tahniah pasukan taekwando meraih emas
lagu politeknik berkumandang




Daily Calendar