PASUKAN HOKI POLITEKNIK UNGGUL DI PERSADA LIGA
Berdiri dari kiri: Rafi (
jurulatih1),Fitri,muzammil,Din,Rafi,Fahmi,Kartheik,Faez,Wan,Amir,Akmal,Shahrul
(jurulatih 2),Fairullah(pengurus)
Duduk dari kiri: Amad, Azhari,
Firdaus, Rizam, Zulhelmy, Luqman, Ain dan Ridzwan
Pasukan Politeknik Ibrahim
Sultan mengungguli persada Liga Hoki Politeknik 2013
Divisyen 1 sebagai juara liga seterusnya mengatasi 7 pasukan politeknik yang
lain dalam kumpulan yang berlangsung
selama 4 hari bermula dari 27 Jun 2013 hingga 30 Jun 2013 di Stadium Hoki
Indera Mulia Kuantan, Pahang.
Apa
yang menariknya dalam kejohanan ini, pasukan Politeknik Ibrahim Sultan berjaya
mengatasi kesemua pasukan yang bertanding. Pasukan-pasukan yang bertanding
dalam kejohanan ini adalah pasukan dari Politeknik Ungu Omar ( PUO ),
Politeknik Kota Bharu ( PKB ), Politeknik Merlimau Melaka ( PMM ), Politeknik Sultan
Abdul Halim Shah (POLIMAS), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ( PSMZA )
manakala Politeknik Seberang Perai ( PSP ) dan Politeknik Tunku Sultanah
Bahiyah ( PTSB ) tersingkir ke divisyen 2 pada musim akan datang kerana
menduduki tangga ke bawah dalam kedudukan liga.
Menurut
kapten pasukan Politeknik Ibrahim Sultan saudara Muhammad Fahmi Bin Zainal Abidin “ kemenangan ini adalah hasil dari kerjasama setiap ahli dari pasukan
kami yang bertungkus lumus menunjukkan semangat juang dan kesukanan yang tinggi
pada setiap pertandingan yang diharungi”. Menurutnya lagi “ kejayaan ini adalah hadiah bermakna kami kepada pihak Politeknik Ibrahim Sultan
yang sentiasa berusaha memartbatkan sukan hoki di peringkat tertinggi ” berikut adalah rentetan keputusan perlawanan hoki pasukan
hoki Politeknik Ibrahim Sultan:
BIL
|
JADUAL PERLAWANAN
|
KEPUTUSAN
|
01
|
PIS VS PTSB
|
9-1
|
02
|
PIS VS PSMZA
|
2-1
|
03
|
PIS VS PMM
|
2-0
|
04
|
PIS VS PSP
|
1-0
|
05
|
PIS VS PUO
|
4-0
|
06
|
PIS VS POLIMAS
|
4-0
|
07
|
PIS VS PKB
|
5-0
|
Sessi training |
sessi tarining 2 |
rancang strategi bersama jurulatih kanan : En Chairil Anwar ( bekas pemain kebangsaan ) |
aksi perlawanan menentang PUO |
No comments:
Post a Comment