klik iklan-iklan menarik di bawah

Wednesday 10 July 2013

TAHNIAH RASUL - PESERTA MENDAYUNG SUKMA 2013 ADALAH PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Sejak akhir-akhir ini Politeknik Ibrahim Sultan banyak mengukir kejayaan dalam acara sukan yang dipertandingkan. Kejayaan demi kejayaan yang telah diperoleh dalam kejohanan-kejohanan penting adalah lambang kepada usaha gigih dari semua yang membantu samada secara langsung mahupun tidak langsung. Kami dari pihak Unit Sukan mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada yang membantu dalam memartabatkan sukan di Politeknik Ibrahim Sultan. Kompleks sukan dan gelanggang-gelanggang sukan kini penuh dengan aktiviti riadah terutama penglibatan dari pelajar-pelajar Politeknik Ibrahim Sultan di waktu petang. Bersesuaian dengan tema kita iaitu " Sukan Untuk Semua ", kami dari Unit Sukan mengharapkan agar tema kita dapat mencapai objektif yang telah dirancang. Insya allah.....

Bersama dengan pingat yang dimenangi
Baru-baru ini seorang lagi pelajar kita iaitu Muhammad Rasul Bin Zahiri, pelajar dari Jabatan Rekabentuk  Komunikasi Visual ( JRKV )  telah mempamerkan kemampuan merangkul pingat perak dalam Kejohanan Sukma 2013 yang diadakan di Empangan Batu-Gombak Selangor. Dalam kejohanan tersebut, Rasul telah berjaya memperoleh perak dalam acara " Men Single Scull " dengan catatan masa 08:16:33 hanya ketinggalan 12 saat dari penyandang juara. Dengan kemenangan ini Rasul berjaya diserapkan ke Persatuan Sukan ( PKS) sebagai atlet negara !!

Sekalung tahniah kami dari Unit Sukan kepada Rasul atas kejayaan yang telah dirangkul. Semoga kejayaan  Rasul ini  dapat dijadikan pemangkin kepada pelajar-pelajar Politeknik Ibrahim Sultan untuk bergiat aktif dalam lapangan sukan yang diceburi... tahniah sekali lagi dari kami...




No comments: