klik iklan-iklan menarik di bawah

Monday, 23 December 2013

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PASUKAN HOKI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DI JAKARTA ,INDONESIA

LAPORAN  PROGRAM PENGANTARABANGSAAN 
PASUKAN HOKI  POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DI JAKARTA ,INDONESIA
DISEDIAKAN: EN KHAIRULNAZRY BIN TALIB ( PENGURUS PASUKAN HOKI PIS)

                Pada 25 hingga 28 November 2013, pasukan hoki lelaki Politeknik Ibrahim Sultan yang diwakili oleh  15 orang pemaian dan 4 orang pegawai  telah mengadakan satu program perlawanan  persahabatan antarabangsa bersama 2 buah Institusi Pengajian Tinggi Indonesia iaitu Universitas Trisakti Jakarta dan Universitas  Negeri Jakarta. Siri perlawanan persahabatan atau di panggil “ Jakarta Tour 2013 “ ini adalah bertujuan untuk menjalinkan kerjasama di dalam bidang sukan dan akademik diantara Politeknik Ibrahim Sultan dengan Universitas yang telah di pilih ini. Selain itu juga program ini  dirangka bagi membolehkkan pihak Politeknik mengenalpasti dan mempromosikan satu kejohanan Hoki TVET  Peringkat Asean  di antara Institusi –institusi di rantau asean yang dijadualkan akan berlangsung pada pertengahan tahun 2014.
                Perlawanan persahabatan pertama berlangsung pada 26 November 2013  jam 8.00 malam bertempat di Stadium Hoki Senayan, Jakarta.  Perlawanan pertama ini pasukan PIS menentang pasukan dari Universitas Trisakti, Jakarta. Pasukan hoki  Universitas trisakti merupakan Juara Liga DKI Jakarta untuk 3 tahun berturut-turut.  Perlawanan ini di adili oleh 2 orang pengadil juga dari Indonesia. Pasukan Universitas Trisakti ini telah mengejutkan pasukan PIS dengan menbuat jaringan awal pada minit yang pertama. Namun begitu pemain-pemain PIS tidak tergugat dan mereka telah melancarkan serangan demi serangan untuk memburu gol penyamaan. Gol penyamaan hadir berselang 5 minit dari jaringan pertama pasukan Universitas Trisakti hasil daripada pukulan sudut penalti. Perlawanan pada malam ini lebih banyak di kuasai oleh pasukan PIS dan kedudukan pada separuh masa pertama adalah  3-1 berpihak kepada PIS. Pada separuh masa ke-2  pasukan PIS menggandakan serangan dan berhasil menambah 1 lagi gol pada penghujung babak perlawanan Unisakti telah mendapat 1 gol lagi dan perlawanan berkesudahan PIS menewaskan Universitas  Trisakti dengan jaringan 4-2.  Perlawana tamat pada jam 10 malam.
                Perlawanan ke-2 pula berlangsung pada 27 November 2013 pada jam 6 pertang. Pasukan yang di tentang pada kali ini adalah  pasukan Universitas  Negeri Jakarta.  Pasukan ini diperkuatkan oleh 3 orang pemain hoki kebangsaan Indonesia. Kebanyakan pemain bagi UNJ ini adalah pemain bagi daerah Jakarta. Perlawanan kali ini adalah lebih mencabar memandangkan pemain-pemain pasukan UNJ ini lebih berpengalaman.  Keadaan perlawanan lebih seimbang dan serang menyerang di antara 2 pasukan sering sahaja berlaku.  Kesudahan perlawanan ini berpihak kepada PIS dengan jaringan 1-0.  Setlah tamat perlawanan ini  pasukan PIS d pelawa untuk bermain menentang  bersama sebuah pasukan kelab yang dibarisi oleh warga Belanda yang di kenali sebagai ISCI. Setelah perbincangan di antara pengurus pasukan PIS bersetuju untuk bermain selama 35 minit sahaja. Ini dilakukan kerana pemain keletihan kerana telah bermain selama 70 minit ketika menentang UNJ. Pada perlawanan ini PIS telah Berjaya membelasah pasukan ISCI dengan jaringan yang agak besar iaitu 6-0.  Permainan tamat pada jam 9 malam.

                Pada hari terakhir pemain di bawa melawat ke Taman mini Indonesia di samping itu pemain juga di beri kesempatan untuk membeli belah cenderamata dah keperluan mereka di pusat membeli belah Mangga Dua. Namun begitu pada ketika para pemain di bawa melawat tempat pelancongan di Jakarta, Pengawai-pegawai pasukan telah mengadakan pertemuan bersama Bapak Drs. I Bonjol Siagian  Ketua Biro Administrasi Kemahasiswaan Universitas Trisakti di Kampus Universitas Trisakti. Pertemuan ini di lakukan bagi membincangkan hubungan kolaborasi yang boleh di lakukan di samping membincangkan tentang penawaran untuk menjemput Universitas Trisakti untuk turut menyertai kejohanan hoki TVET peringkat ASEAN yang dijangkakan di adakan pada tahun 2014. Pihak Universitas Trisakti menyatakan sokongan dan akan turut serta menyertai sekiranya jadual pertandingan bersesuaian dengan jadual mereka.  Pasukan PIS meninggalkan bumi Indonesia pada  jam 7.30 malam 28 November 2013 dan selamat tiba di KLIA pada jam 10.30 malam.  Segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar selama 4 hari di Negara asing diharapkan dapat mematangkan mereka pada masa yang akan datang. 

BERGAMBAR BERSAMA PASUKAN HOKI UNIVERSITAS TRISAKTI, INDONESIA 
BERGAMBAR BERSAMA PENGURUS KELAB ISCII JAKARTA
SIMBOLIK SALAM OLAHRAGA BERASAMA BIRO ADMINISTRASI KEMANUSIAAN UNIVERSITAS TRISAKTI
BERGAMBAR BERSAMA KELAB ISCII , JAKARTA
BERGAMBAR BERSAMA PASUKAN UNIVERSITAS NEGERI JAKARTA

Monday, 2 December 2013

LAPORAN PERTANDINGAN CATUR RAKAN MUDA MERDEKA JOHOR BAHRU KE 23


LAPORAN PERTANDINGAN CATUR RAKAN MUDA MERDEKA JOHOR BAHRU KE 23
Disediakan : MAZLINA BINTI MOHD TAHIR

 
Baru-baru ini, Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar sepasukan pemain bagi menyertai Pertandingan Catur di antara daerah-daerah negeri johor 2013 - Piala menteri besar johor. Seramai 3 orang pelajar dan diiringi oleh seorang pengurus telah menyertai pertandingan ini yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, Johor Bahru. Pertandingan catur ini telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan catur daerah Johor Bahru dan Pusat Kegiatan Rakan Muda J.Bahru. Pertandingan ini merupakan platform terbaik bagi para peserta mencungkil bakat-bakat yang boleh diketengahkan  dalam sukan catur. Secara tidak langsung sukan ini dapat memberi pendedahan dan penglibatan kepada pelajar bagi aktiviti diluar bilik kuliah. Pertandingan ini mempunyai 3 kategori iaitu terbuka, bawah 17 dan bawah 12. Format pertandingan merupakan 5 pusingan Swiss dengan kawalan masa 20 minit bagi setiap pusingan.
            Memandangkan Politeknik Ibrahim Sultan mempunyai pemain catur yang pernah bertanding pada Sukan IPT yang lalu, serta pembabitan para peserta secara serius dalam sukan ini maka wajarlah pelajar-pelajar ini dicungkil bakatnya melalui kejohanan-kejohanan ada samada di sekitar Johor atau diluar negeri Johor bagi memberi pengalaman dan mengasah lagi bakat mereka. Melalui kejohanan yang mereka sertai ini akan memberikan mereka lebih banyak pengalaman serta tidak gementar bagi menghadapi kejohanan yang lebih besar.
            Sepanjang pertandingan berlangsung, semua wakil yang mewakili politeknik Ibrahim Sultan telah menunjukkan komitmen yang baik. Walaupun tidak berjaya memenangi mana-mana kategori namun para peserta telah mendapat banyak pengalaman daripada pertandingan yang dianjurkan selaras dengan objektif utama memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menimba sebanyak mana pengalaman sepanjang pertandingan yang disertai. Para peserta juga tidak merasa berputus asa diatas kegagalan yang dialami malah menerima dari sudut positif bahawa penyertaan kali ini adalah untuk menambah pengalaman dan pengetahuan tentang sukan catur.

            Diharapkan semoga para pelajar akan terus diberi pendedahan dengan menyertai kejohanan yang lebih besar bagi membuka minda mereka disamping memahirkan mereka dengan teknik-teknik catur yang lebih berguna. Semoga sukan catur akan lebih berjaya sepertimana sukan-sukan yang lain yang telah wujud di Politeknik Ibrahim sultan.
 
 

 
 
 

 

Daily Calendar