klik iklan-iklan menarik di bawah

Thursday 14 August 2014

PELANTIKAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN YANG BARU

Pegawai Belia dan Sukan : Mohd Azali Bin Zainal Abidin

Tahniah di atas pelantikan En Mohd Azali Bin Zainal Abidin di atas pelantikan Pegawai Belia dan Sukan Politeknik Ibrahim Sultan. Semoga dengan pelantikan ini beliau dapat melaksanakan semua amanah dan tangungjawab yang berkaitan dengan baik serta sempurna demi kecemerlangan Politeknik Ibrahim Sultan.

Monday 24 March 2014

LAPORAN BOLA SEPAK 9’S MEREBUT PIALA PENGARAH PIS

                       LAPORAN BOLA SEPAK 9’S MEREBUT PIALA PENGARAH PIS 
                                         Disediakan : En Mohd Azali Bin Zainal Abidin

Perlawanan bola sepak 9 sebelah  bagi merebut Piala Pengarah PIS anjuran  Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman Politeknik Ibrahim Sultan yang turut dibantu oleh Seketariat Sukan Politeknik Ibrahim Sultan telah dijalankan baru-baru ini. Program ini adalah terbuka untuk warga Politeknik Ibrahim Sultan serta warga komuniti setempat. Sebanyak 16 Pasukan telah menyertai pertandingan ini. Antara Pasukan yang menyertai pertandingan ini adalah :

1. SAUJANA FC
2. CFC FC A
3. CFC FC B
4. PIS A
5. CENDANA FC
6. SERINDIT FC
7. PASIR PUTIH
8. REAL PASIR GUDANG
9. PIS B
10. CAHAYA BAHARU
11. CENDANA JUNIOR
12. KOPOK FC
13. SERINDIT 8 FC
14. JPKK PIS FC
15. KUARTERS PG FC
16. KOTA MASAI FC


                        Format pertandingan adalah secara liga dimana ada dua liga diwujudkan dan masa setiap perlawanan adalah 15 minit dan rehat antara perlawanan adalah 3 minit. Kejohanan kali pertama telah dimenangi oleh Saujana FC. Kedua CFC A FC dan Ketiaga adalah PIS A. Kejohonan ini di rasmikan oleh Ketua Jabatan JKE Tuan Haji Mohamad Yusof Bin Sulaiman. 






LAPORAN 2014 POLYTECHNIC FUTSAL CHAMPIONSIP

LAPORAN 2014 POLYTECHNIC FUTSAL CHAMPIONSHIP
Disediakan : En Mohd Azali Bin Zainal Abidin  

Baru-baru ini Politeknik Kota Bahru dengan kerjasama MSP telah mengadakan kejohanan 2014 POLYTECHNIC FUTSAL CHAMPIONSHIP di Real Futsal Kota Bahru. Kejohanan ini adalah platform terbaik bagi para peserta mencungkil bakat-bakat yang boleh diketengahkan  dalam sukan Futsal. Secara tidak langsung sukan ini dapat memberi pendedahan dan penglibatan kepada pelajar bagi aktiviti di luar bilik kuliah.
Dalam kejohanan ini 3 buah politeknik di Johor iaitu Politeknik Mersing, Politeknik Metro Johor Bahru dan Politeknik Ibrahim Sultan telah bergabung untuk membentuk satu pasukan Futsal yang mantap. Latihan pusat telah di adakan pada 9 – 12 Januari 2014 untuk mengumpul pelajar ini seterusnya membuat pemilihan. Berikut ialah pelajar yng terpilih :

MUHAMAD HAZIQ ASHRAFF B. SAIDAN
09DUP13F2015
950830-01-7725
PIS
MOHAMAD EMIELIO FIRDAUS B. MOHD NAWI
09DMB13F1011
950411-03-5363
PIS
MUHAMMAD HAFIZI B. M. ALI BAKRI
09DRG11F1032
931003-14-6685
PIS
MOHD FAZLE B. MOHAMAD
09DMB11D2006
930204-06-5465
PIS
MOHD SHAH RIZALB. YURMALIS
09DEP11F2011
931004-14-6185
PIS
KHIRUL ANUAR B. ABDUL RAHIM
09DRI12F2027
940702-10-5051
PIS
MUHAMMAD FIRDAUS B. MOHAMMAD SAH
09DRI13F2020
940817-01-5347
PIS
MUHAMMAD AMIRUL FAIZ B. MOHD AZAM
09DEM11F1073
930202-08-5729
PIS
MUHAMED HAFIZ B. SAMSUDIN
09DEM11F2022
920416-11-5293
PIS
MOHAMAD SYAFIQ AIDIL B. ZUHARI
30DLS13F2032
950516-11-5415
PMJB
ZAINOL ARIFFIN B. ZAINI
30DLS13F1022
951015-01-5883
PMJB
MOHD AKHBAR B. MOHD HAJAR
30DIB12F2011
931005-01-6745
PMJB
         
Di kejohanan tersebut Pasukan Johor telah memberi tentangan yang sengit walaupun kali pertama pasukan ini bersatu selepas pembubaran pasukan senior futsal PIS yang pernah mendpat tempat ke-3 keseluruhan Liga Futsal IPT kebangsaan 2011.
Berikut adalah keputusan perlawanan futsal :

1.      Politeknik Johor    5          vs         1    Politeknik Perlis     
2.      Politeknik Johor    3          vs         3    Politeknik Pulau Pinang   
3.      Politeknik Johor    7          vs         1    Politeknik Kuala Lumpur 
4.      Politeknik Johor    1          vs         1    Politeknik Kelantan           
5.      Politeknik Johor    6          vs         2    Politeknik Selangor          
6.      Politeknik Johor    2          vs         2    Politeknik Terenganu


Walaupun tidak kalah namun Pasukan Futsal Johor gagal ke peringkat seterusnya akibat defisit mata. Pujian harus diberi kepada pemain futsal P. Johor yang berjaya memberi cabaran yang baik.

Team Futsal PIS


Sunday 23 March 2014

KEJUARAAN PENCAK SILAT UPSI & JEMPUTAN ANTARABANGSA KE-5 2014

Pada 11 hingga 16 Mac 2014 yang lepas, Politeknik Ibrahim Sultan telah menyertai Kejohanan Kejuaraan pencak Silat Dan Jemputan Antarabangsa 2014. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) . Kejohanan ini merupakan satu temasya pertandingan yang besar kerana melibatkan penyertaan lebih dari 40 buah IPTA di seluruh negara.

Dalam kejohanan tersebut, Politeknik Ibrahim Sultan berjaya mencatat keputusan yang memberangsangkan dan berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan beberapa pesilat pilihan dan ternama dengan berjaya meraih 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa sekaligus memperbaiki keputusan pada musim lalu iaitu hanya berjaya meraih satu pingat gangsa. Sekalung tahniah di ucapkan kepada pesilat Mohamad Muzakerien Bin Mohd Rafi,  pelajar dari Jabatan kejuruteraan Elektrik (JKE) yang berjaya mengharumkan nama Politeknik Ibrahim Sultan kerana berjaya meraih pingat emas. Tahniah  juga kepada pesilat Syed Muhammad Ikhwan Bin Syed Zin pelajar dari Jabatan kejuruteraan Elektrik (JKE) dan pesilat Nur Fathiah Binti Mahadi pelajar dari Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual ( JRKV) yang masing-masing berjaya meraih pingat perak. Manakala pingat gangsa pula berjaya diraih oleh pesilat Nashrah Sahar Binti Affandi  dan pesilat Nurul Najwa Binti Saharudin masing-masing adalah pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
           
Apa yang lebih menarik, dua orang pesilat kita iaitu Nur Fathiah Binti Mahadi dan pesilat Nashrah Sahar Binti Affandi  telah dilamar oleh SUKMA JOHOR untuk mewakili negeri Johor dalam Sukan Malaysia ( SUKMA ) pada hujung bulan Mei nanti di Perlis. Manakala seorang pelajar kita iaitu Mohamad Muzakerien Bin Mohd Rafi akan terpilih untuk latihan pusat ke sesi pemilihan Asian University Game ( AUG ) di Palembang nanti .


Pihak Unit Sukan dan seluruh Warga Politeknik Ibrahim Sultan amat berbangga dengan semangat juang yang telah ditunjukkan oleh pasa pesilat Politeknik Ibrahim Sultan. Mudahan Politeknik Ibrahim Sultan akan terus cemerlang dalam bidang lapangan kejohanan silat olahraga.

Tahniah buat pasukan silat PIS
Semasa majlis perasmian pembukaan
Bersama team uzbekistan
Bersama team uzbekistan 1
Team PIS
semoga pesilat PIS terus cemerlang

Wednesday 19 February 2014

LAPORAN PENYERTAAN POLITEKNIK JOHOR KE KEJOHANAN SUKIPT 2014 KALI KE-2

LAPORAN SUKIPT 2014

POLITEKNIK JOHOR MERANGKUL PINGAT DALAM TEMASYA SUKAN DI SUKIPT 2014 KALI KE-2

Pada 4 Februari 2014 hingga 16 Februari 2014 yang lepas , Politeknik Johor  telah berjaya merangkul 1 pingat emas dan 3 pingat perak dalam temasya  Sukan   Kejohanan SUKIPT 2014 kali ke-2 yang berlangsung di sekitar Lembah Klang, Selangor.  Dalam kejohanan ini, Politeknik Johor menghantar sebanyak 5 acara sukan yang dipertandingkan iaitu hoki, memanah, tenpin bowling , taekwando  dan pencak silat. Dalam acara yang dipertandingkan, 1 pingat emas berjaya di raih dari acara taekwando manakala pasukan hoki Politeknik Johor pula berjaya menggondol 1 pingat perak dan tenpin bowling pula berjaya meraih 2 pingat perak sekaligus memperbaiki keputusan SUKIPT pada tahun lepas iaitu meraih hanya satu pingat perak dari acara memanah.

Dalam kejohanan ini, sebanyak 107 kontinjen/ IPT  yang terdiri dari semua IPTA dan IPTS di seluruh  negara  telah mengambil bahagian dalam acara masing-masing yang melibatkan sebanyak 104 kontigen , 8,000 atlet, 2,500 pegawai serta 1,500 sukarelawan terlibat dalam acara gilang gemilang ini yang diadakan setiap 2 tahun sekali. Kejohanan  ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin pada tanggal 3 Februari 2014 di Stadium UiTM, Shah Alam.


Pihak Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan yang diraih. Semoga atlet Politeknik Johor akan terus cemerlang dalam setiap lapangan bidang sukan yang diceburi. Harapan dari kami agar para pelajar khususnya  para atlet akan terus cemerlang mengharumkan nama Politeknik Ibrahim Sultan di puncak persada seterusnya bergiat secara profesional dalam lapangan bidang sukan yang diceburi hingga ke peringkat tertinggi. 

Untuk melihat lebih foto sila klik link ini :   http://unitsukanpis.blogspot.com/p/galeria-sukipt-2014.html

Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang peserta bowling
Pasukan Bowling 
Tahniah Diaz peserta bowling merangkul 2 pingat perak 
Pasukan Hoki
Tahniah Pasukan Hoki membuat kejutan dengan meraih pingat perak
Sebahagian pasukan taekwando
Peserta memanah
Pasukan Bowling
Pasukan pesilat olahraga
Sebahagian pasukan silat olahraga




Tahniah pasukan taekwando meraih emas
lagu politeknik berkumandang




Monday 23 December 2013

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PASUKAN HOKI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DI JAKARTA ,INDONESIA

LAPORAN  PROGRAM PENGANTARABANGSAAN 
PASUKAN HOKI  POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DI JAKARTA ,INDONESIA
DISEDIAKAN: EN KHAIRULNAZRY BIN TALIB ( PENGURUS PASUKAN HOKI PIS)

                Pada 25 hingga 28 November 2013, pasukan hoki lelaki Politeknik Ibrahim Sultan yang diwakili oleh  15 orang pemaian dan 4 orang pegawai  telah mengadakan satu program perlawanan  persahabatan antarabangsa bersama 2 buah Institusi Pengajian Tinggi Indonesia iaitu Universitas Trisakti Jakarta dan Universitas  Negeri Jakarta. Siri perlawanan persahabatan atau di panggil “ Jakarta Tour 2013 “ ini adalah bertujuan untuk menjalinkan kerjasama di dalam bidang sukan dan akademik diantara Politeknik Ibrahim Sultan dengan Universitas yang telah di pilih ini. Selain itu juga program ini  dirangka bagi membolehkkan pihak Politeknik mengenalpasti dan mempromosikan satu kejohanan Hoki TVET  Peringkat Asean  di antara Institusi –institusi di rantau asean yang dijadualkan akan berlangsung pada pertengahan tahun 2014.
                Perlawanan persahabatan pertama berlangsung pada 26 November 2013  jam 8.00 malam bertempat di Stadium Hoki Senayan, Jakarta.  Perlawanan pertama ini pasukan PIS menentang pasukan dari Universitas Trisakti, Jakarta. Pasukan hoki  Universitas trisakti merupakan Juara Liga DKI Jakarta untuk 3 tahun berturut-turut.  Perlawanan ini di adili oleh 2 orang pengadil juga dari Indonesia. Pasukan Universitas Trisakti ini telah mengejutkan pasukan PIS dengan menbuat jaringan awal pada minit yang pertama. Namun begitu pemain-pemain PIS tidak tergugat dan mereka telah melancarkan serangan demi serangan untuk memburu gol penyamaan. Gol penyamaan hadir berselang 5 minit dari jaringan pertama pasukan Universitas Trisakti hasil daripada pukulan sudut penalti. Perlawanan pada malam ini lebih banyak di kuasai oleh pasukan PIS dan kedudukan pada separuh masa pertama adalah  3-1 berpihak kepada PIS. Pada separuh masa ke-2  pasukan PIS menggandakan serangan dan berhasil menambah 1 lagi gol pada penghujung babak perlawanan Unisakti telah mendapat 1 gol lagi dan perlawanan berkesudahan PIS menewaskan Universitas  Trisakti dengan jaringan 4-2.  Perlawana tamat pada jam 10 malam.
                Perlawanan ke-2 pula berlangsung pada 27 November 2013 pada jam 6 pertang. Pasukan yang di tentang pada kali ini adalah  pasukan Universitas  Negeri Jakarta.  Pasukan ini diperkuatkan oleh 3 orang pemain hoki kebangsaan Indonesia. Kebanyakan pemain bagi UNJ ini adalah pemain bagi daerah Jakarta. Perlawanan kali ini adalah lebih mencabar memandangkan pemain-pemain pasukan UNJ ini lebih berpengalaman.  Keadaan perlawanan lebih seimbang dan serang menyerang di antara 2 pasukan sering sahaja berlaku.  Kesudahan perlawanan ini berpihak kepada PIS dengan jaringan 1-0.  Setlah tamat perlawanan ini  pasukan PIS d pelawa untuk bermain menentang  bersama sebuah pasukan kelab yang dibarisi oleh warga Belanda yang di kenali sebagai ISCI. Setelah perbincangan di antara pengurus pasukan PIS bersetuju untuk bermain selama 35 minit sahaja. Ini dilakukan kerana pemain keletihan kerana telah bermain selama 70 minit ketika menentang UNJ. Pada perlawanan ini PIS telah Berjaya membelasah pasukan ISCI dengan jaringan yang agak besar iaitu 6-0.  Permainan tamat pada jam 9 malam.

                Pada hari terakhir pemain di bawa melawat ke Taman mini Indonesia di samping itu pemain juga di beri kesempatan untuk membeli belah cenderamata dah keperluan mereka di pusat membeli belah Mangga Dua. Namun begitu pada ketika para pemain di bawa melawat tempat pelancongan di Jakarta, Pengawai-pegawai pasukan telah mengadakan pertemuan bersama Bapak Drs. I Bonjol Siagian  Ketua Biro Administrasi Kemahasiswaan Universitas Trisakti di Kampus Universitas Trisakti. Pertemuan ini di lakukan bagi membincangkan hubungan kolaborasi yang boleh di lakukan di samping membincangkan tentang penawaran untuk menjemput Universitas Trisakti untuk turut menyertai kejohanan hoki TVET peringkat ASEAN yang dijangkakan di adakan pada tahun 2014. Pihak Universitas Trisakti menyatakan sokongan dan akan turut serta menyertai sekiranya jadual pertandingan bersesuaian dengan jadual mereka.  Pasukan PIS meninggalkan bumi Indonesia pada  jam 7.30 malam 28 November 2013 dan selamat tiba di KLIA pada jam 10.30 malam.  Segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar selama 4 hari di Negara asing diharapkan dapat mematangkan mereka pada masa yang akan datang. 

BERGAMBAR BERSAMA PASUKAN HOKI UNIVERSITAS TRISAKTI, INDONESIA 
BERGAMBAR BERSAMA PENGURUS KELAB ISCII JAKARTA
SIMBOLIK SALAM OLAHRAGA BERASAMA BIRO ADMINISTRASI KEMANUSIAAN UNIVERSITAS TRISAKTI
BERGAMBAR BERSAMA KELAB ISCII , JAKARTA
BERGAMBAR BERSAMA PASUKAN UNIVERSITAS NEGERI JAKARTA

Monday 2 December 2013

LAPORAN PERTANDINGAN CATUR RAKAN MUDA MERDEKA JOHOR BAHRU KE 23


LAPORAN PERTANDINGAN CATUR RAKAN MUDA MERDEKA JOHOR BAHRU KE 23
Disediakan : MAZLINA BINTI MOHD TAHIR

 
Baru-baru ini, Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar sepasukan pemain bagi menyertai Pertandingan Catur di antara daerah-daerah negeri johor 2013 - Piala menteri besar johor. Seramai 3 orang pelajar dan diiringi oleh seorang pengurus telah menyertai pertandingan ini yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, Johor Bahru. Pertandingan catur ini telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan catur daerah Johor Bahru dan Pusat Kegiatan Rakan Muda J.Bahru. Pertandingan ini merupakan platform terbaik bagi para peserta mencungkil bakat-bakat yang boleh diketengahkan  dalam sukan catur. Secara tidak langsung sukan ini dapat memberi pendedahan dan penglibatan kepada pelajar bagi aktiviti diluar bilik kuliah. Pertandingan ini mempunyai 3 kategori iaitu terbuka, bawah 17 dan bawah 12. Format pertandingan merupakan 5 pusingan Swiss dengan kawalan masa 20 minit bagi setiap pusingan.
            Memandangkan Politeknik Ibrahim Sultan mempunyai pemain catur yang pernah bertanding pada Sukan IPT yang lalu, serta pembabitan para peserta secara serius dalam sukan ini maka wajarlah pelajar-pelajar ini dicungkil bakatnya melalui kejohanan-kejohanan ada samada di sekitar Johor atau diluar negeri Johor bagi memberi pengalaman dan mengasah lagi bakat mereka. Melalui kejohanan yang mereka sertai ini akan memberikan mereka lebih banyak pengalaman serta tidak gementar bagi menghadapi kejohanan yang lebih besar.
            Sepanjang pertandingan berlangsung, semua wakil yang mewakili politeknik Ibrahim Sultan telah menunjukkan komitmen yang baik. Walaupun tidak berjaya memenangi mana-mana kategori namun para peserta telah mendapat banyak pengalaman daripada pertandingan yang dianjurkan selaras dengan objektif utama memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menimba sebanyak mana pengalaman sepanjang pertandingan yang disertai. Para peserta juga tidak merasa berputus asa diatas kegagalan yang dialami malah menerima dari sudut positif bahawa penyertaan kali ini adalah untuk menambah pengalaman dan pengetahuan tentang sukan catur.

            Diharapkan semoga para pelajar akan terus diberi pendedahan dengan menyertai kejohanan yang lebih besar bagi membuka minda mereka disamping memahirkan mereka dengan teknik-teknik catur yang lebih berguna. Semoga sukan catur akan lebih berjaya sepertimana sukan-sukan yang lain yang telah wujud di Politeknik Ibrahim sultan.