klik iklan-iklan menarik di bawah

Wednesday 10 July 2013

TAHNIAH RASUL - PESERTA MENDAYUNG SUKMA 2013 ADALAH PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Sejak akhir-akhir ini Politeknik Ibrahim Sultan banyak mengukir kejayaan dalam acara sukan yang dipertandingkan. Kejayaan demi kejayaan yang telah diperoleh dalam kejohanan-kejohanan penting adalah lambang kepada usaha gigih dari semua yang membantu samada secara langsung mahupun tidak langsung. Kami dari pihak Unit Sukan mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada yang membantu dalam memartabatkan sukan di Politeknik Ibrahim Sultan. Kompleks sukan dan gelanggang-gelanggang sukan kini penuh dengan aktiviti riadah terutama penglibatan dari pelajar-pelajar Politeknik Ibrahim Sultan di waktu petang. Bersesuaian dengan tema kita iaitu " Sukan Untuk Semua ", kami dari Unit Sukan mengharapkan agar tema kita dapat mencapai objektif yang telah dirancang. Insya allah.....

Bersama dengan pingat yang dimenangi
Baru-baru ini seorang lagi pelajar kita iaitu Muhammad Rasul Bin Zahiri, pelajar dari Jabatan Rekabentuk  Komunikasi Visual ( JRKV )  telah mempamerkan kemampuan merangkul pingat perak dalam Kejohanan Sukma 2013 yang diadakan di Empangan Batu-Gombak Selangor. Dalam kejohanan tersebut, Rasul telah berjaya memperoleh perak dalam acara " Men Single Scull " dengan catatan masa 08:16:33 hanya ketinggalan 12 saat dari penyandang juara. Dengan kemenangan ini Rasul berjaya diserapkan ke Persatuan Sukan ( PKS) sebagai atlet negara !!

Sekalung tahniah kami dari Unit Sukan kepada Rasul atas kejayaan yang telah dirangkul. Semoga kejayaan  Rasul ini  dapat dijadikan pemangkin kepada pelajar-pelajar Politeknik Ibrahim Sultan untuk bergiat aktif dalam lapangan sukan yang diceburi... tahniah sekali lagi dari kami...




Wednesday 3 July 2013

PASUKAN HOKI POLITEKNIK UNGGUL DI PERSADA LIGA


PASUKAN HOKI POLITEKNIK UNGGUL DI PERSADA LIGA 



Berdiri dari kiri: Rafi ( jurulatih1),Fitri,muzammil,Din,Rafi,Fahmi,Kartheik,Faez,Wan,Amir,Akmal,Shahrul (jurulatih 2),Fairullah(pengurus)
Duduk dari kiri: Amad, Azhari, Firdaus, Rizam, Zulhelmy, Luqman, Ain dan Ridzwan



Pasukan Politeknik Ibrahim Sultan mengungguli persada Liga Hoki Politeknik 2013 Divisyen 1 sebagai juara liga seterusnya mengatasi 7 pasukan politeknik yang lain  dalam kumpulan yang berlangsung selama 4 hari bermula dari 27 Jun 2013 hingga 30 Jun 2013 di Stadium Hoki Indera Mulia Kuantan, Pahang.
Apa yang menariknya dalam kejohanan ini, pasukan Politeknik Ibrahim Sultan berjaya mengatasi kesemua pasukan yang bertanding. Pasukan-pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini adalah pasukan dari Politeknik Ungu Omar ( PUO ), Politeknik Kota Bharu ( PKB ), Politeknik Merlimau Melaka ( PMM ), Politeknik Sultan Abdul Halim Shah (POLIMAS), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ( PSMZA ) manakala Politeknik Seberang Perai ( PSP ) dan Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah ( PTSB ) tersingkir ke divisyen 2 pada musim akan datang kerana menduduki tangga ke bawah dalam kedudukan liga.

Menurut kapten pasukan Politeknik Ibrahim Sultan saudara Muhammad Fahmi Bin Zainal Abidin “ kemenangan ini adalah hasil dari kerjasama setiap ahli dari pasukan kami yang bertungkus lumus menunjukkan semangat juang dan kesukanan yang tinggi pada setiap pertandingan yang diharungi”.  Menurutnya lagi “ kejayaan ini adalah hadiah bermakna  kami kepada pihak Politeknik Ibrahim Sultan yang sentiasa berusaha memartbatkan sukan hoki di peringkat tertinggi ” berikut adalah rentetan keputusan perlawanan hoki pasukan hoki Politeknik Ibrahim Sultan:


BIL
JADUAL PERLAWANAN
KEPUTUSAN
01
PIS VS PTSB
9-1
02
PIS VS PSMZA
2-1
03
PIS VS PMM
2-0
04
PIS VS PSP
1-0
05
PIS VS PUO
4-0
06
PIS VS POLIMAS
4-0
07
PIS VS PKB
5-0


Sessi training

sessi tarining 2

rancang strategi bersama jurulatih kanan : En Chairil Anwar ( bekas pemain kebangsaan )

aksi perlawanan menentang PUO