klik iklan-iklan menarik di bawah

Wednesday, 29 August 2012

SALAM PERPISAHAN

Hari ini adalah hari terakhir CIK NOR ANIS BINTI ABD RAZAK dan CIK SHARIFAH NUR AISYAH BINTI SYED SOHOR menjalani latihan praktikal dan menabur bakti di Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan. Bagi pihak Unit Sukan, perpisahan ini merupakan satu kehilangan yang sangat besar. Walaubagaimanapun, pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana sanggup berkorban masa dan tenaga sepanjang menjalankan tanggungjawab praktikal di sini.
 
 Mereka adalah mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) tahun akhir dalam jurusan sains sukan. Kami di sini mendoakan agar Cik Anis dan Cik Aisyah berjaya dengan cemerlang dalam setiap lapangan bidang yang bakal diceburi nanti. Kami juga mendoakan agar mereka berdua berjaya menggenggam segulung ijazah nanti.... TERIMA KASIH DAUN KELADI  ....

Jasamu di kenang ...

Tuesday, 14 August 2012

5'S DI UNIT SUKAN

Untuk merealisasikan 5'S di Politeknik Ibrahim Sultan, Unit Sukan telah mengambil langkah inisiatif bersama dengan ahli kelab Sukan Dan Rekreasi PIS untuk melaksanakan 5S di Unit Sukan. Walaupun berlapar kerana berpuasa tetapi bukanlah satu halangan malahan kami semua bersemangat untuk melaksanakan 5S di unit Sukan. Kami dari unit Sukan mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada samada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melaksanakan proses 5S di Unit Sukan PIS. Semoga Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa semua.. Proses 5S berlangsung pada hari Sabtu yang lepas, di mana hanya tinggal 2 minggu sahaja umat islam akan menyambut HARI RAYA AIDILFITRI. 

Di Kesempatan ini juga, kami dari warga Unit Sukan PIS ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA kepada pembaca semua. MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI WARGA UNIT SUKAN ...

Almari besi yang perlu dibuat proses 5S
sebelum 5S
aktiviti 5S bermula.. thanks kepada Ahli Kelab Sukan Dan Rekreasi
proses pengasingan barang
klik
klik
labelling dan penyusunan fail
klik
klik
pengasingan jersi
klik
klik
di kawasan kaunter barang
pembersihan almari
berehat seketika sambil menonton olimpik london 2012
penyusunan semula kedudukan almari
apalah arahan yang diberi oleh Cik Anis tuu
rehat sekejap .. melepaskan kepenatan
klik
klik
bersama dengan ahli kelab sukan dan rekreasi
terima kasih daun keladi
klik
ok.. time berbuka puasa.. alhamdulilah
klik

Monday, 13 August 2012

KURSUS PENGURUSAN KELAB SUKAN DAN REKREASI, PIS

NAMA PROGRAM:   KURSUS PENGURUSAN KELAB SUKAN DAN REKREASI
TEMPAT                :   KOMPLEKS SUKAN BELIA RAKAN MUDA, DESARU
TARIKH                  :  3 HINGGA 5 OGOS 2012 ( JUMAAT HINGGA SABTU)
SASARAN              :  40 PESERTA KELAB SUKAN DAN REKREASI

Pembentangan Kumpulan
Melaksanakan tugasan yang diberi oleh pihak konsultan
aktiviti riadah
 PENGENALAN :

 Kursus Pengurusan Kelab Sukan dan Rekreasi, Politeknik Ibrahim Sultan adalah merupakan  sebuah organisasi yang diwujudkan oleh Unit Sukan, Politeknik Ibrahim Sultan bagi melicinkan lagi sistem pengurusan organisasi Unit Sukan, Politeknik Ibrahim Sultan. Sekaligus merapatkan lagi hubungan diantara pelajar dengan staf Unit Sukan. Kursus seperti ini membolehkan para peserta untuk terlibat secara langsung dengan kejohanan-kejohanan yang dilakukan oleh pihak Unit Sukan serta mempelajari selok belok pengurusan sesuatu kejohanan sukan  itu dilaksanakan. Kursus Pengurusan Kelab Sukan dan Rekreasi ini adalah merupakan Kelab Sukan dan Rekreasi yang pertama yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Oleh itu, program seperti ini perlu dilaksanakan bagi memacu usaha agar dapat melahirkan kecemerlangan bagi Unit Sukan seiring untuk mencapai matlamat Politeknik bagi berstatus Universiti pada tahun 2015. Selain itu, melalui kursus ini dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdaya saing. Adalah juga dirasakan bahawa dengan adanya program seumpama ini pelajar-pelajar dapat melatih diri agar sentiasa proaktif bukan sahaja dalam bidang akademik malahan bidang kokurikulum serta pengurusan. Oleh yang demikian, pihak Unit Sukan berharap dengan adanya kursus ini dapat membantu dan membimbing pelajar-pelajar ke arah menjadi insan yang seimbang dari pelbagai aspek seperti jasmani, emosi , rohani, intelek dan sumber modal insan  yang akan menggarap kesinambungan kecemerlangan negara.


RASIONAL KURSUS:

Rasional kursus ini dijalankan adalah untuk membentuk sebuah Kelab Sukan dan Rekreasi yang unggul agar dapat membantu pengurusan pihak Unit Sukan bagi menguruskan kejohanan-kejohanan yang dirancang oleh Unit Sukan. Oleh itu, para peserta  perlulah melalui pelbagai aktiviti dan input yang membolehkan memberi mereka semangat dan keinginan bagi memperkasakan diri sendiri agar boleh menjadi seseorang yang berpesonaliti unggul lagi berdaya saing di era global ini.


Bagi merealisasikan usaha ini para peserta perlu diberikan bimbingan melalui kepelbagaian aktiviti dalam satu program khas. Program tiga hari dua malam akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang diharap dapat memberi maklumat dan pengalaman untuk menjadi seorang individu yang lebih berkeyakinan dan berwawasan. Semoga dengan pengalaman dan pengetahuan yang bakal ditimpa para peserta , dapat mambantu pelajar-pelajar agar berjaya dengan cemerlang dalam aspek fizikal, emosi, rohani, intelek juga sosial. 


TUJUAN/OBJEKTIF KURSUS:

·         Membantu meningkatkan pencapaian kecemerlangan sistem pengurusan Unit Sukan Politeknik
       Ibrahim Sultan.

·         Membentuk sebuah  Kelab Sukan dan Rekreasi yang proaktif dan dinamik.

·         Memahirkan para peserta mengenai cara pengurusan sesebuah organisasi dan kejohanan-
       kejohanan sukan di Politeknik Ibrahim Sultan.






DARI MEJA PENULIS ...

ASSALAMUALAIKUM WBT

Pertama sekali, penulis ingin memanjatkan doa kesyukuran saya kehadrat Allah swt kerana dengan berkat dan inayahnya, akhirnya berjaya juga dihasilkan website Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan. Semoga dengan adanya website ini dapatlah dijadikan basement atau tapak terutama kepada kita semua untuk menjadikan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai peneraju sukan di peringkat yang tertinggi.

Beriadah, rekreasi dan bersukan adalah rutin aktiviti sihat yang perlu diamalkan. Selain ianya dapat menyihatkan tubuh badan, ianya dapat memberi ketenangan, mengurangkan stress tekanan dan memupuk semangat kekeluargaan, kejiranan serta merapatkan tali silaturahim sesama masyarakat. Selain menelaah, belajar, menjalani peperiksaan di dalam kelas, aktiviti yang sihat seperti beriadah dan aktif dalam bidang ko-kurikulum dapat membawa minat kita semua untuk aktif dalam kegiatan harian secara tidak langsung dapat  mencergaskan minda, jasmani dan rohani . Kcemerlangan sistem pendidikan seharusnya bukan hanya diukur melalui prestasi peperiksaan tetapi juga kepada aktiviti sukan dan aktiviti luar kelas samada dalam bentuk persatuan, badan beruniform atau juga pertandingan bukan sukan yang lain seperti debat, bahas, matematik dan sebagainya.
Akhir kata dari penulis, mohon ampun dan maaf kiranya ada yang terkurang semasa proses menghasilkan website ini. Semoga dengan adanya website ini dapatlah dijadikan wadah untuk mendapatkan sebarang maklumat ataupun apa-apa informasi berkaitan dengan aktiviti sukan dan kokurikulum di peringkat Politeknik Ibrahim Sultan khususnya. Sekian ....


"Badan yang sihat menzahirkan keceriaan dan kecerdasan"

Daily Calendar