klik iklan-iklan menarik di bawah

Wednesday 29 August 2012

SALAM PERPISAHAN

Hari ini adalah hari terakhir CIK NOR ANIS BINTI ABD RAZAK dan CIK SHARIFAH NUR AISYAH BINTI SYED SOHOR menjalani latihan praktikal dan menabur bakti di Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan. Bagi pihak Unit Sukan, perpisahan ini merupakan satu kehilangan yang sangat besar. Walaubagaimanapun, pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana sanggup berkorban masa dan tenaga sepanjang menjalankan tanggungjawab praktikal di sini.
 
 Mereka adalah mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) tahun akhir dalam jurusan sains sukan. Kami di sini mendoakan agar Cik Anis dan Cik Aisyah berjaya dengan cemerlang dalam setiap lapangan bidang yang bakal diceburi nanti. Kami juga mendoakan agar mereka berdua berjaya menggenggam segulung ijazah nanti.... TERIMA KASIH DAUN KELADI  ....

Jasamu di kenang ...

No comments: