klik iklan-iklan menarik di bawah

Monday 3 September 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2012




Di Kesempatan ini pihak USK  ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke 55 tahun untuk semua warganegara MALAYSIA  terutama kepada warga POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN, Sememangnya kita semua sepatutnya  sangat-sangat bersyukur kerana dilahirkan di Negara Malaysia yang penuh barakah ini.

Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh ALLAH SWT dan negara yang kita sayangi ini sentiasa mendapat keamanan dan kemakmuran. Pihak USK mendoakan agar semua pembaca diberi kesihatan. 

Bermulanya hari kemerdekaan maka bermulah MSP Politeknik, yang mana acara permulaan adalah MSP BOLASEPAK yang akan berlangsung di PSMZA, disusuli MSP Bola Jaring dan RAGBI diikuti sukan-sukan yang lain. Pada bulan Oktober hingga pertengahan November pula nanti kita akan menghadapi Cabaran SUKAN IPT 
( SUKIPT 2012 ) yang akan berlangsung di sekitar LEMBAH KLANG, dimana jangkaan jumlah peserta adalah seramai 15, 000 orang daripada 100 kontinjen dari seluruh IPT di seluruh negara. Pihak USK mengalu-alukan penyertaan dari kalangan pelajar PIS yang ingin menggalas cabaran mengharumkan negara PIS. Tunjukkan BAKAT ANDA !!! 

Akhir kata dari pihak USK :


HIDUP 1 MALAYSIA !!!! 

SUKAN UNTUK SEMUA !!! 

No comments: