klik iklan-iklan menarik di bawah

Monday 10 December 2012

KEJOHANAN BOLASEPAK IPT ASEAN

Alhamdulilah... berkat dari Allah swt akhirnya selesai sudah penganjuran bolasepak IPT Asean yang berlangsung dari 3 Disember 2012 hingga 6 Disember 2012. Segalanya berjalan dengan lancar. Pihak unit sukan Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. 

Dalam kejohanan yang berlangsung ini dimana julung-julung kalinya unit sukan PIS menganjurkan program yang melibatkan negara luar menyaksikan pasukan bolasepak dari MSPM Politeknik Malaysia telah berjaya menjuarai kejohanan. manakala tempat kedua di menangi oleh pasukan Politeknik Negeri Batam, Indonesia dan tempat ketiga disandang dari Universitas Ibnu Sina, Indonesia. 

Pihak kami mengucapkan sekalung tahniah kepada para pemenang, tapi apa yang penting dalam kejohanan ini adalah bukannya kemenangan tapi lebih kepada ikatan silaturrahim yang dibina melalui kejohanan. Harapan pihak penganjur agar kejohanan ini dapat diteruskan malahan diadakan setiap tahun. Semoga juga melalui kejohanan ini kita dapat mengeratkan silaturrahim seterusnya dapat memartabatkan lagi bolasepak diperingkat asean. 





















Sunday 11 November 2012

SELAMAT MAJU JAYA XM JUN 2012

        Alhamdulilah, sekali lagi kita dapat dipertemukan dan dipanjangkan usia usia oleh ALLAH SWT. Seharusnya kita semua perlu memanjatkan doa kesyukuran diatas segala kenikmatan yang diberi Oleh-nya.. amin ....

Selesai sudah kejohanan SUKIPT 2012 yang berlangsung selama 16 hari iaitu 27 Oktober 2012 hingga 11 November 2012.Untuk julung-julung kali ini,dalam 8 acara pertandingan, Politeknik Ibrahim Sultan meraih pingat perak dalam acara memanah. Tahniah buat atlet memanah !!


Untuk Entri kali ini, unit sukan ingin mengucapkan Good Luck dan Selamat Maju Jaya kepada pelajar-pelajar Politeknik Ibrahim Sultan. Semoga anda semua beroleh kecemerlangan dan kesuksesan selalu. Ingat, study harus secara smart dan jangan last minute !!


PESAN CIKGU

Dengan demikian, di sini penulis ini ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :
 
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
 
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
 
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
 
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
 
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
 
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
 
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
 
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
 
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
 
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…Mai kongsi bersama cikgu..he he he…
Kalam Abu Musaddad / 18 Ogos 2008
http://ibnismail.wordpress.com
 

Sunday 4 November 2012

TAHNIAH PASUKAN TUNGGAL MEMANAH PIS !!

TAHNIAH dan SYABAS !!!!
  




Unit Sukan dan kokurikulum PIS ingin mengucapkan jutaan TAHNIAH kepada pasukan tunggal memanah PIS yang setakat ini telah berjaya menggondol pingat perak dalam acara memanah SUKIPT yang sedang berlangsung sekarang ini sehingga 11 November nanti. Semoga dengan kemenangan ini akan menjadi rujukan dan inspirasi kepada pasukan PIS yang lain untuk memburu pingat.. untuk pengetahuan umum, acara catur, sepaktakraw, olahraga dan ragbi 7s akan menggalas tanggungjawab seterusnya pada fasa yang kedua iaitu 6 hingga 11 November ini. manakala pasukan taekwando dan boling baru sahaja selesai kejohanan, walaubagaimanapun pihak unit sukan PIS mengucapkan tahniah kepada atlet pasukan PIS yang telah bertungkuslumus mengharumkan nama PIS dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Kepada pasukan yang akan bertanding pada 6 hingga 11 November ini, kami mengucapkan SELAMAT BERTANDING dan doa kemenanangan yang dapat dititipkan.  YAKIN ANDA BOLEH !!!!!

Monday 22 October 2012

BIASISWA SUKAN MENANTI PEMENANG EMAS SUKIPT

Berita baik untuk atlet yang akab bertanding mewakili PIS ke SUKIPT !!!

Biasiswa Sukan menanti pemenang emas SUKIPT
BERITA baik buat barisan atlet yang bertanding pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SukIPT) 2012.Bagi pemenang pingat emas dalam setiap acara yang dipertandingkan pada temasya SukIPT 2012, atlet terbabit secara automatik layak menerima Biasiswa Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat 22 acara yang dipertandingkan dalam temasya SukIPT 2012 yang bermula 28 Oktober hingga 11 November depan.
"Biasiswa Sukan KPT ini kita hanya tawarkan kepada pelajar Malaysia yang menjadi johan dalam setiap acara yang disertai memandangkan kejohanan SukIPT 2012 ini turut disertai oleh pelajar antarabangsa.
"Kejohanan ini merupakan kali pertama kita anjurkan dan bagi memberi semangat kepada setiap pelajar yang menyertainya, jadi kita tawarkan kepada mereka biasiswa itu," katanya.
Saifuddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Bola Keranjang 3on3 institusi pengajian tinggi (IPT) 2012 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuantan semalam.
Pada karnival tersebut, sebanyak 31 pasukan membabitkan IPT dan tujuh buah sekolah mengambil bahagian bagi merebut Piala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pemenang karnival tersebut juga tidak terkecuali daripada menerima biasiswa yang sama dalam usaha menggalakkan lebih ramai pelajar menyertai sukan tersebut.
Ujar beliau, pemberian biasiswa tersebut membuktikan kerajaan serius untuk mencapai matlamat 30 peratus atlet negara adalah terdiri daripada pelajar IPT.
"Saya yakin matlamat ini akan berjaya dicapai kerana kita dapat lihat pada Sukan Olimpik lalu, sembilan daripada 30 atlet yang pergi ke sana (London) adalah daripada pelajar universiti," katanya.
Beliau memberitahu, selain mencapai hasrat tersebut, pihaknya turut menyasarkan untuk meraih pingat emas pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Laos, Disember depan.
"Matlamat jangka sederhana kita pula adalah untuk layak ke Sukan Universiti Dunia (WUG) yang begitu mencabar dan jika kita boleh menjadi juara pada AUG, kita ada peluang besar untuk menyertainya (WUG)," katanya.

untuk maklumat selanjutnya rujuk :

http://www.sukipt.com.my/index.php/78-sample-category/69-sukipt-2012
 

Saturday 13 October 2012

JEMPUTAN KEJOHANAN BOLASEPAK IPT ASEAN 4 PENJURU 2012

KEJOHANAN BOLASEPAK IPT ASEAN 4 PENJURU anjuran MSPM dengan kerjasama Politeknik Ibrahim Sultan berlangsung pada 3 hingga 6 Disember 2012. Kejohanan ini akan melibatkan penyertaan dari negara-negara luar seperti INDONESIA dan SINGAPORE.

Untuk itu, Unit Sukan PIS telah mengambil langkah awal untuk berkunjung ke BATAM, INDONESIA untuk mencari pasukan dari POLITEKNIK NEGERI BATAM dan UNIVERSITAS IBNU SINA. Alhamdulilah, atas lawatan tersebut pihak POLITEKNIK NEGERI BATAM dan UNIVERSITAS IBNU SINA telah mengesahkan kehadiran mereka awal-awal lagi. Alhamdulilah, urusan dipermudahkan oleh Allah swt.  

Semoga kejohanan yang bakal berlangsung akan menjadi titik mula Politeknik Ibrahim Sultan berkolaborasi dengan negara-negara jiran  khususnya dalam bidang sukan. Semoga juga dengan adanya iktan ukhuwah yang terjalin akan dapat kemanfaatan dari semua pihak ... AMINN...
DI UNIVERSITAS IBNU SINA
MENGADAKAN PERBINCANGAN BERSAMA WAKIL DIREKTOR DAN PENYERAHAN JEMPUTAN KEJOHANAN
ALHAMDULILAH
DI POLITEKNIK NEGERI BATAM
MENGADAKAN SESI DIALOG DAN PENERANGAN
SEMOGA IKATAN YANG TERJALIN KAN DIREDHAI OLEH ALLAH SWT
RAPAT UMUM BERSAMA KEPIMPINAN
KLIK
 
AKTIVITI PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA YAYASAN MIFTAHUL HASANAH RUMAH ANAK YATIM DI KAMPUNG MELAYU NONGSA

Sunday 30 September 2012

KEMUNCAK OLAHRAGA MSPM 2012

Hari ini adalah fasa terakhir KEJOHANAN OLAHRAGA MSPM 2012, di mana menyaksikan pasukan darai PIS merangkul 2 pingat gangsa dan secara keseluruhan menduduki tangga yang ke enam belas daripada 24 buah pasukan. Apa yang penulis boleh simpulkan disini adalah:

1.Pasukan PIS masih perlu banyak belajar untuk menguasai acara olahraga terutama di dalam bidang
    Olahraga MSPM

2. Kaedah peningkatan  taktikal dan latihan taktikal perlu ditambah baik dan dilaksanakan secara
    profesional serta sistematik di dalam usaha melahirkan pelajar yang sangat berkemahiran dalam
    bidang masing-masing

3. Pengesanan atlet yang berbakat perlu dilaksanakan seawal yang mungkin untuk penyediaan atlet
    yang cukup ketahanan metal dan rohani disamping mengasah bakat sediaada atlet

SEMOGA DI MASA AKAN DATANG, KITA MAMPU MENADI PENERAJU BIDANG OLAHRAGA DI PERINGKAT MSP ATAUPUN PERINGKAT SUKIPT ,iNSYA ALLAH
   
Bergambar kenangan bersama KETUA PENGARAN ,KSU dan PENGARAH PIS & PMS 
KLIK
SUMBANGAN GANGSA DARI SENNA DALAM BIDANG LONTAR PELURU 

Tahniah buat Khaamin kerana berjaya mendapa gangsa dalam bidang LONTAR CAKERA

Friday 28 September 2012

SELAMAT BERJUANG PASUKAN OLAHRAGA PIS KE KEJOHANAN MSPM 2012

Pada 27 September 2012 hingga 1 OKTOBER 2012 seramai 14 atlet PIS menggalas cabaran di kejohanan Majlis Sukan Politeknik Malaysia ( MSPM) 2012 yang berlangsung di Muazam, Pahang dan Stadium Darul Makmur, Pahang  Di mana pada hari pertama semalam kita telah berjaya menggondol pingat gangsa dalam sukan LONTAR PELURU. Kami dari unit sukan ingin mengucapkan SELAMAT BERJUANG kepada barisan ATLET PIS. Fokuskan kepada kemenangan dan yakin ANDA BOLEH !!!!
ANTARA ATLET OLAHRAGA PIS MSPM 2012
BERPOSTING DI HADAPAN STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN PAHANG
PASANGAN KEMBAR SEIRAS PIS YANG MENGGALAS CABARAN LOMPAT TINGGI
HARI PERTAMA DI BALAPAN MINI STADIUM POLITEKNIK MUAZAM SHAH PAHANG
PERBINCANGAN BERSAMA COACH

Wednesday 26 September 2012

KAEDAH PENDAFTARAN PENGURUS PASUKAN/ JURULATIH/ ATLIT UNTUK KEJOHANAN SUKIPT

Berikut adalah kaedah untuk mendaftar pengurus pasukan/ jurulatih/ atlit untuk panduan pengurus pasukan PIS.Semoga dapat dijadikan panduan untuk semua.. SELAMAT MENCUBA, Jika ada permasalahan tuan/ puan bolehlah menghubungi pegawai sukan untuk tindakan selanjutnya.. terima kasih

LANGKAH 1

1. Masuk ke alamat : www.sukipt.com.my
2. Klik di bahagian link SISTEM SUKAN

LANGKAH 2


1. Masukkan EMEL dan KATA LALUAN yang telah diberi pada tuan/puan
2. Klik LOG MASUK

LANGKAH 3

1. Klik di bahagian PENDAFTARAN


LANGKAH 4


1.Klik di bahagian PASUKAN untuk dapatkan DIREKTORI ( - )
2. Double Klik dibahagian Pengurus/jurulatih/atliT














LANGKAH 5

1. Klik dibahagian bawah sekali sebelah kanan untuk tindkan selanjutnya













LANGKAH 6

1. Double Klik di bahagian acara sukan yang berkaitan di bahagian KATEGORI



LANGKAH 7

1. Isikan maklumat yang dikehendaki pada e-borang
2. Jangan lupa untuk insert picture sekali





LANGKAH 8


1. Klik save jika maklumat yang dikehendaki sudah selesai diisi. peraka bertanda * adalah wajib diisi


SELAMAT MENCUBA :)

** Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 September 2012
** Kegagalan untuk mendaftarkan diri mengikut tempoh masa akan menyebabkan pasukan anda
     tidak tersenarai dalam sukan SUKIPT nanti ..

Terima Kasih