klik iklan-iklan menarik di bawah

Monday, 17 June 2013

TAHNIAH PASUKAN SILAT

LAPORAN PENYERTAAN PASUKAN SILAT  POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
 KE KEJOHANAN PENCAK SILAT DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA EDISI-4 ANJURAN
KEMENTERIAN PENNGAJIAN TINGGI MALAYSIA


            Pada 21 hingga 27 Mei 2013, Pasukan Silat Politeknik Ibrahim Sultan telah menyertai Kejohanan Pencak Silat Dan Jemputan Antarabangsa Edisi-4 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang diadakan di Universiti Perguruan Sultan Idris ( UPSI ), Perak. Kejohanan ini disertai oleh 60 buah IPTA dan IPTS di seluruh negara dan jemputan negara luar seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Bangladesh, Singapura, Myanmar dan Laos .
Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar 3 orang pesilat yang mewakili kategori masing-masing iaitu saudara Mohd Muzakerien Bin Mohd  Rosli, saudara Mohd Dhiyaurahman Bin Zulkipli dan saudara Muhammad Ajwad Bin Ismail masing-masing dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang dibimbing oleh jurulatih En Faisal Bin Rohani dan pengurus En Mohd Fairullah Bin Muhammadon.
                Dalam kejohanan tersebut seorang pesilat Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Mohd Dhiyaurahman Bin Zulkipli telah berjaya ke peringkat separuh akhir dan berjaya menggondol pingat gangsa manakala dua pesilat yang lain masing-masing telah hanya berjaya keperingkat suku akhir.
            Walaupun pembentukan pesilat Politeknik Ibrahim Sultan masih muda dan masih setahun jagung berbanding pasukan pesilat dari Institut Pengajian Tinggi yang lain  tetapi masing-masing telah menunjukkan kematangan dan pencapaian yang  membanggakan. Pihak Unit Sukan mengucapkan taniah kepada pasukan pesilat yang telah bertungkus lumus dalam mengejar pingat dan misi kejuaraan dalam memartabatkan sukan silat tanahair secara amnya.
  

Harapan dari unit sukan agar para atlet dapat memperbaiki dan meningkatkan prestasi dan keputusan untuk kejohanan akan datang. 

Taklimat Pengurus
Berdebar menunggu giliran
Pertarungan di gelanggang
Kemenangan oleh ......

Perasmian dan penyampaian hadiah
Tahniah Diyau meraih gangsa

Daily Calendar