klik iklan-iklan menarik di bawah

Sunday, 13 October 2013

KURSUS KEJOHANAN MINI OLAHRAGA PIS 2013

LAPORAN KURSUS DAN KEJOHANAN MINI OLAHRAGA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 2013

 Baru-baru ini, Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan program aktiviti  pelajar yang melibatkan kursus dan Kejohanan Mini Olahraga  Politeknik Ibrahim Sultan 2013 yang telah diadakan diSekolah Sukan Tunku Mahhkota Ismail ( SSTMI) Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor.

Dalam program ini, seramai 40 orang pelajar dari setiap jabatan telah melibatkan diri dalam kejohanan dan kursus ini. Antara pengisian program ini pada sebelah pagi, pelajar telah didedahkan dengan kaedah dan teknik larian yang betul oleh seorang jurulatih yang dipanggil khas dari Amerika Syarikat iaitu Mr J-Seven. Banyak pengetahuan dan ilmu yang bermanafaat telah diperolehi daripada kursus ini. Selain daripada itu juga, pelajar juga di ajar tentang cara permulaan membuat larian, kaedah pernafasan yang betul semasa berlari dan memecut serta mengekalkan momentum larian ketika dan sedang berlari.


Manakala pada sebelah petang, kejohanan Mini Olahraga Politeknik Ibrahim Sultan 2013 berlangsung. Dalam kejohanan ini acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti acara padang seperti lompat kijang , lompat jauh , lontar peluru, merejam lembing, lontar peluru manakala dalam acara balapan seperti 800 meter, 4 x 400 meter, 100 meter dan 200 meter. Pihak Unit Sukan mengucapkan tahniah kepada para pememnang. Para pemenang secara tidak langsung telah terpilih untuk mewakili Politeknik Ibrahim Sultan ke Kejohanan Olaharaga anjuran Majlis Sukan Politeknik Malaysia ( MSPM ) yang akan diadakan tidak lama lagi  di Stadium Ioph, Perak nanti.
















Tuesday, 8 October 2013

PINGAT GANGSA MILIK PIS !!

PINGAT GANGSA MILIK PASUKAN SILAT OLAHRAGA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN SEMPENA KEJOHANAN PENCAK SILAT OLAHRAGA ANTARABANGSA 2013
Disediakan : MOHD FAIRULLAH BIN MUHAMMADON

Pada 15 hingga 22 September 2013 yang lepas, Pasukan Politeknik Ibrahim Sultan telah menyertai Kejohanan Pencak Silat Olaharaga Antarabangsa 2013 anjuran dari Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Dan PESAKA. Kejohanan ini berlangsung di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka.
Dalam kejohanan ini, sebanyak lebih dari 60 buah universiti dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Politeknik Ibrahim Sultan yang dibarisi oleh 15 orang atlet silat bersama  pengurus kejohanan En Mohd Fairullah Bin Muhammadon dan di bantu oleh En Ahmad Zia Bin Mhd Yusof bersama 2 orang jurulatih profesional dari luar berjaya merangkul pingat gangsa dalam kejohanan ini. Tahniah kepada saudara Ahmad Farid Bin Zamri dari Jabatan JRKV yang berjaya mengharumkan nama Politeknik Ibrahim Sultan.

Kami dari pihak Unit Sukan mewakili warga Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan Silat Olahraga, Politeknik Ibrahim Sultan. Semoga dengan kejayaan ini menjadi titik mula kegemilangan sukan dalam bidang silat olahraga.

Sunday, 6 October 2013

HOKI PIS JUARA BERGANDA 2013 !!!

JUARA BERGANDA  :  SASARAN  PASUKAN HOKI LELAKI PIS TERCAPAI.

           Pada 12  September 2013 hingga 15 September 2013 telah berlangsung Kejohanan Hoki Piala Ketua Pengarah Politeknik bagi tahun 2013. Kejohanan tersebut telah berlangsung di Stadium Hoki Bukit serindit Melaka. Kejohanan ini di sertai oleh 8 buah pasukan yang terdiri daripada 6 pasukan dari division 1 (Lliga Hoki Politeknik ) dan 2 pasukan division 2 . Terdahulu pasukan hoki PIS telah merangkul Kejuaraan liga Division 1 yang telah berlangsung di 2 sirkit iaitu di Batu Pahat dan Kuantan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 3000.00.

                Berbekalkan semangat sebagai Juara Liga Division 1, Pasukan PIS tampil dengan penuh semangat bagi merebut Piala Ketua Pengarah Politeknik yang gagal di raih pada tahun lalu di mana PIS sekadar berpuashati sebagai Naib Johan Piala Ketua Pengarah Politeknik 2012.  Bermula dengan amat baik pada Kejohanan kali ini apabila berjaya menundukkan pasukan Politeknik Tunku Syed Sirajudin dengan jaringan 3-0.  Kecemerlangan pasukan hoki PIS di teruskan lagi dengan membelasah pasukan politeknik Merlimau Melaka dengan jaringan 7-1. Pada perlawanan terakhir kumpulan X bagi menentukan juara kumpulan, Pasukan PIS sekali lagi menundukkan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun dengan jaringan 4-0.  Pasukan PIS Berjaya menjadi Johan kumpulan dan lawan yang menanti di Peringkat Separuh akhir adalah Politeknik Ungku Omar.


                Pada perlawanan Separuh Akhir yang berlangsung pada pagi 15 september 2013, pasukan PIS sekali lagi Berjaya melangkah ke perlawanan akhir seperti tahun lalu dengan menewaskan Juara bertahan iaitu pasukan Politeknik Ungku Omar dengan jaringan 4-1, sementara lawan pasukan PIS pada perlawanan akhir adalah pasukan dari  Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Perak.  Perlawanan Akhir berlangsung pada jam 7.30 malam 15 September 2013 di antara PIS dan PSAS.  Pada perlawanan  akhir tersebut pasukan PIS yang dibimbing oleh bekas pemain hoki kebangsaan En Chairil Anwar Abdul Aziz dan di bantu oleh En Shahrunizam telah Berjaya menewaskan pasukan PSAS dengan jaringan 6-4. Pada perlawanan akhir tersebut kedua-dua pasukan turut di barisi oleh 2 orang pemain dari Sekolah Sukan Tunku Ismail Bandar Penawar sebagai satu langkah promosi bagi kemasukan pelajar sukan ke Politeknik-Politeknik Malaysia.  Akhir sekali pihak pengurusan pasukan ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pemain hoki PIS, Jurulatih-jurulatih serta penyokong PIS yang turut hadir pada malam tersebut. Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir tersebut ialah Naib Yang Dipertua MSP yang juga  Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Yang Berbahagia Datuk Dr Arshard bin Kasim,  Ketua Jabatan Hal ehwal pelajar PIS En Abu Bakar bin Abdul Hamid serta Setiausaha Agung MSP  Y.M  Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim.



Daily Calendar