klik iklan-iklan menarik di bawah

Sunday 13 October 2013

KURSUS KEJOHANAN MINI OLAHRAGA PIS 2013

LAPORAN KURSUS DAN KEJOHANAN MINI OLAHRAGA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 2013

 Baru-baru ini, Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan program aktiviti  pelajar yang melibatkan kursus dan Kejohanan Mini Olahraga  Politeknik Ibrahim Sultan 2013 yang telah diadakan diSekolah Sukan Tunku Mahhkota Ismail ( SSTMI) Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor.

Dalam program ini, seramai 40 orang pelajar dari setiap jabatan telah melibatkan diri dalam kejohanan dan kursus ini. Antara pengisian program ini pada sebelah pagi, pelajar telah didedahkan dengan kaedah dan teknik larian yang betul oleh seorang jurulatih yang dipanggil khas dari Amerika Syarikat iaitu Mr J-Seven. Banyak pengetahuan dan ilmu yang bermanafaat telah diperolehi daripada kursus ini. Selain daripada itu juga, pelajar juga di ajar tentang cara permulaan membuat larian, kaedah pernafasan yang betul semasa berlari dan memecut serta mengekalkan momentum larian ketika dan sedang berlari.


Manakala pada sebelah petang, kejohanan Mini Olahraga Politeknik Ibrahim Sultan 2013 berlangsung. Dalam kejohanan ini acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti acara padang seperti lompat kijang , lompat jauh , lontar peluru, merejam lembing, lontar peluru manakala dalam acara balapan seperti 800 meter, 4 x 400 meter, 100 meter dan 200 meter. Pihak Unit Sukan mengucapkan tahniah kepada para pememnang. Para pemenang secara tidak langsung telah terpilih untuk mewakili Politeknik Ibrahim Sultan ke Kejohanan Olaharaga anjuran Majlis Sukan Politeknik Malaysia ( MSPM ) yang akan diadakan tidak lama lagi  di Stadium Ioph, Perak nanti.
















No comments: