klik iklan-iklan menarik di bawah

Sunday, 6 October 2013

HOKI PIS JUARA BERGANDA 2013 !!!

JUARA BERGANDA  :  SASARAN  PASUKAN HOKI LELAKI PIS TERCAPAI.

           Pada 12  September 2013 hingga 15 September 2013 telah berlangsung Kejohanan Hoki Piala Ketua Pengarah Politeknik bagi tahun 2013. Kejohanan tersebut telah berlangsung di Stadium Hoki Bukit serindit Melaka. Kejohanan ini di sertai oleh 8 buah pasukan yang terdiri daripada 6 pasukan dari division 1 (Lliga Hoki Politeknik ) dan 2 pasukan division 2 . Terdahulu pasukan hoki PIS telah merangkul Kejuaraan liga Division 1 yang telah berlangsung di 2 sirkit iaitu di Batu Pahat dan Kuantan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 3000.00.

                Berbekalkan semangat sebagai Juara Liga Division 1, Pasukan PIS tampil dengan penuh semangat bagi merebut Piala Ketua Pengarah Politeknik yang gagal di raih pada tahun lalu di mana PIS sekadar berpuashati sebagai Naib Johan Piala Ketua Pengarah Politeknik 2012.  Bermula dengan amat baik pada Kejohanan kali ini apabila berjaya menundukkan pasukan Politeknik Tunku Syed Sirajudin dengan jaringan 3-0.  Kecemerlangan pasukan hoki PIS di teruskan lagi dengan membelasah pasukan politeknik Merlimau Melaka dengan jaringan 7-1. Pada perlawanan terakhir kumpulan X bagi menentukan juara kumpulan, Pasukan PIS sekali lagi menundukkan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun dengan jaringan 4-0.  Pasukan PIS Berjaya menjadi Johan kumpulan dan lawan yang menanti di Peringkat Separuh akhir adalah Politeknik Ungku Omar.


                Pada perlawanan Separuh Akhir yang berlangsung pada pagi 15 september 2013, pasukan PIS sekali lagi Berjaya melangkah ke perlawanan akhir seperti tahun lalu dengan menewaskan Juara bertahan iaitu pasukan Politeknik Ungku Omar dengan jaringan 4-1, sementara lawan pasukan PIS pada perlawanan akhir adalah pasukan dari  Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Perak.  Perlawanan Akhir berlangsung pada jam 7.30 malam 15 September 2013 di antara PIS dan PSAS.  Pada perlawanan  akhir tersebut pasukan PIS yang dibimbing oleh bekas pemain hoki kebangsaan En Chairil Anwar Abdul Aziz dan di bantu oleh En Shahrunizam telah Berjaya menewaskan pasukan PSAS dengan jaringan 6-4. Pada perlawanan akhir tersebut kedua-dua pasukan turut di barisi oleh 2 orang pemain dari Sekolah Sukan Tunku Ismail Bandar Penawar sebagai satu langkah promosi bagi kemasukan pelajar sukan ke Politeknik-Politeknik Malaysia.  Akhir sekali pihak pengurusan pasukan ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pemain hoki PIS, Jurulatih-jurulatih serta penyokong PIS yang turut hadir pada malam tersebut. Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir tersebut ialah Naib Yang Dipertua MSP yang juga  Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Yang Berbahagia Datuk Dr Arshard bin Kasim,  Ketua Jabatan Hal ehwal pelajar PIS En Abu Bakar bin Abdul Hamid serta Setiausaha Agung MSP  Y.M  Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim.



No comments:

Daily Calendar