PINGAT GANGSA MILIK PASUKAN SILAT OLAHRAGA
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN SEMPENA KEJOHANAN PENCAK SILAT OLAHRAGA ANTARABANGSA
2013
Disediakan
: MOHD FAIRULLAH BIN MUHAMMADON
Pada 15 hingga
22 September 2013 yang lepas, Pasukan Politeknik Ibrahim Sultan telah menyertai
Kejohanan Pencak Silat Olaharaga Antarabangsa 2013 anjuran dari Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan kerjasama dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Dan PESAKA. Kejohanan ini berlangsung di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka.
Dalam kejohanan
ini, sebanyak lebih dari 60 buah universiti dari seluruh negara telah mengambil
bahagian dalam kejohanan ini. Politeknik Ibrahim Sultan yang dibarisi oleh 15
orang atlet silat bersama pengurus kejohanan
En Mohd Fairullah Bin Muhammadon dan di bantu oleh En Ahmad Zia Bin Mhd Yusof bersama
2 orang jurulatih profesional dari luar berjaya merangkul pingat gangsa dalam
kejohanan ini. Tahniah kepada saudara Ahmad Farid Bin Zamri dari Jabatan JRKV
yang berjaya mengharumkan nama Politeknik Ibrahim Sultan.
Kami dari pihak
Unit Sukan mewakili warga Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan sekalung
tahniah kepada pasukan Silat Olahraga, Politeknik Ibrahim Sultan. Semoga dengan
kejayaan ini menjadi titik mula kegemilangan sukan dalam bidang silat olahraga.
No comments:
Post a Comment