klik iklan-iklan menarik di bawah

Monday, 18 November 2013

GEMA SPORT KARNIVAL DI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Assalamualaikum dan salam 1  Malaysia 

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT. Pada hari Sabtu, 16hb November 2013, sekitar 7.30 pagi - 2.30 ptg  telah berlangsungnya GEMA Sports Carnival (GEMS) di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor. 




Program ini merupakan Pertama kalinya diadakan yg telah dianjurkan  Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan dengan pihak komuniti luar dan JK Sukan & Rekreasi Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) Negeri Johor 
 



Alhamdulillah Sambutan yg amat Baik dgn menghimpun seramai lebih 350 orang para Belia yg terdiri dari pelbagai latar belakang seperti Warga kilang/ industri, masyarakat tempatan, Belia 'None Graduate' lepasan SPM, pelajar IPT/IPTS & lain-lain telah hadir berkumpul menjayakan GEMS ini. 

  

 


Antara aktiviti acara Sukan yg berlangsung adalah:
Bolasepak 9 Sebelah, Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton & Sukaneka Umum (Dewasa - kanak2).
 




Berikut Adalah keputusan semua acara GEMS 2013:
 

BOLASEPAK
Juara: TCM United
 
Naib Juara: KARISMA Kota Masai 
Ke-3: PJM

BOLA TAMPAR
Juara: JVC A
 
Naib Juara: JVC B 
Ke-3: PJM

FUTSAL
Juara: Usrah 94
 
Naib Juara: Songkla FT 
Ke-3: Blodia FC

BOLA JARING
Juara: Majlis Belia Felda (MBF)
 
Naib Juara: UNIKL Mitec 
Ke-3: Karisma Kota Masai

BADMINTON 
Juara: Syukri / Muhd Ismail
 
Naib Juara: Zukri / Muhd Shahril & Ke-3: Hisham / Johari


  
 
TAHNIAH
diucapkan kpd semua peserta / pemain / pasukan yg telah mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanan 
Terima kasih kepada semua yg membantu, menjayakan & mendoakan agar program ini berjalan dengan lancar.

Wednesday, 13 November 2013

TAHNIAH!!! KELAB BELIA DAN SUKAN BERJAYA BOLOT 3 ANUGERAH DARIPADA 4 ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN DALAM KATEGORI KELAB !

                Pada 20 Oktober yang lepas, Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan program anugerah kepimpinan Kelab Pelajar yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan. Sebanyak hampir 20 kelab yang telah menyertai program tersebut. Banyak anugarah kepimpinan yang telah diberi dan dipertandingkan pada malam itu yang telah diadakan di HOTEL SELESA, PASIR GUDANG. Bagi kategori Kelab, sebanyak 4 anugerah yang telah dipertandingkan dan KELAB BELIA DAN SUKAN telah berjaya membolot 3 anugerah iaitu ANUGERAH KEPIMPINAN KELAB TERBAIK, ANUGERAH KOLABORASI TERBAIK DAN ANUGERAH KOKURIKULUM TERBAIK, manakala Anugerah KELAB PROAKTIF telah dimenangi oleh Kelab Pembimbing Rakan Siawa.   

                   Kami dari Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan ini. Kejayaan ini melambangkan akan kesungguhan ahli kelab dalam menjayakan sebarang aktiviti samada diperingkat Kelab, Politeknik mahupun peringkat Kebangsaan dan antrabangsa. Semoga ia menjadi mercu pencetus semangat kepada semua ahli agar lebih bersungguh dalam memastikan kelab ini lebih dinamik dan aktif pada masa hadapan.  TAHNIAH SEKALI LAGI !!!!














               

Daily Calendar