klik iklan-iklan menarik di bawah

Wednesday 13 November 2013

TAHNIAH!!! KELAB BELIA DAN SUKAN BERJAYA BOLOT 3 ANUGERAH DARIPADA 4 ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN DALAM KATEGORI KELAB !

                Pada 20 Oktober yang lepas, Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan program anugerah kepimpinan Kelab Pelajar yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan. Sebanyak hampir 20 kelab yang telah menyertai program tersebut. Banyak anugarah kepimpinan yang telah diberi dan dipertandingkan pada malam itu yang telah diadakan di HOTEL SELESA, PASIR GUDANG. Bagi kategori Kelab, sebanyak 4 anugerah yang telah dipertandingkan dan KELAB BELIA DAN SUKAN telah berjaya membolot 3 anugerah iaitu ANUGERAH KEPIMPINAN KELAB TERBAIK, ANUGERAH KOLABORASI TERBAIK DAN ANUGERAH KOKURIKULUM TERBAIK, manakala Anugerah KELAB PROAKTIF telah dimenangi oleh Kelab Pembimbing Rakan Siawa.   

                   Kami dari Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan ini. Kejayaan ini melambangkan akan kesungguhan ahli kelab dalam menjayakan sebarang aktiviti samada diperingkat Kelab, Politeknik mahupun peringkat Kebangsaan dan antrabangsa. Semoga ia menjadi mercu pencetus semangat kepada semua ahli agar lebih bersungguh dalam memastikan kelab ini lebih dinamik dan aktif pada masa hadapan.  TAHNIAH SEKALI LAGI !!!!














               

No comments: