klik iklan-iklan menarik di bawah

Sunday 23 March 2014

KEJUARAAN PENCAK SILAT UPSI & JEMPUTAN ANTARABANGSA KE-5 2014

Pada 11 hingga 16 Mac 2014 yang lepas, Politeknik Ibrahim Sultan telah menyertai Kejohanan Kejuaraan pencak Silat Dan Jemputan Antarabangsa 2014. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) . Kejohanan ini merupakan satu temasya pertandingan yang besar kerana melibatkan penyertaan lebih dari 40 buah IPTA di seluruh negara.

Dalam kejohanan tersebut, Politeknik Ibrahim Sultan berjaya mencatat keputusan yang memberangsangkan dan berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan beberapa pesilat pilihan dan ternama dengan berjaya meraih 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa sekaligus memperbaiki keputusan pada musim lalu iaitu hanya berjaya meraih satu pingat gangsa. Sekalung tahniah di ucapkan kepada pesilat Mohamad Muzakerien Bin Mohd Rafi,  pelajar dari Jabatan kejuruteraan Elektrik (JKE) yang berjaya mengharumkan nama Politeknik Ibrahim Sultan kerana berjaya meraih pingat emas. Tahniah  juga kepada pesilat Syed Muhammad Ikhwan Bin Syed Zin pelajar dari Jabatan kejuruteraan Elektrik (JKE) dan pesilat Nur Fathiah Binti Mahadi pelajar dari Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual ( JRKV) yang masing-masing berjaya meraih pingat perak. Manakala pingat gangsa pula berjaya diraih oleh pesilat Nashrah Sahar Binti Affandi  dan pesilat Nurul Najwa Binti Saharudin masing-masing adalah pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
           
Apa yang lebih menarik, dua orang pesilat kita iaitu Nur Fathiah Binti Mahadi dan pesilat Nashrah Sahar Binti Affandi  telah dilamar oleh SUKMA JOHOR untuk mewakili negeri Johor dalam Sukan Malaysia ( SUKMA ) pada hujung bulan Mei nanti di Perlis. Manakala seorang pelajar kita iaitu Mohamad Muzakerien Bin Mohd Rafi akan terpilih untuk latihan pusat ke sesi pemilihan Asian University Game ( AUG ) di Palembang nanti .


Pihak Unit Sukan dan seluruh Warga Politeknik Ibrahim Sultan amat berbangga dengan semangat juang yang telah ditunjukkan oleh pasa pesilat Politeknik Ibrahim Sultan. Mudahan Politeknik Ibrahim Sultan akan terus cemerlang dalam bidang lapangan kejohanan silat olahraga.

Tahniah buat pasukan silat PIS
Semasa majlis perasmian pembukaan
Bersama team uzbekistan
Bersama team uzbekistan 1
Team PIS
semoga pesilat PIS terus cemerlang

No comments: