klik iklan-iklan menarik di bawah

Sunday 30 September 2012

KEMUNCAK OLAHRAGA MSPM 2012

Hari ini adalah fasa terakhir KEJOHANAN OLAHRAGA MSPM 2012, di mana menyaksikan pasukan darai PIS merangkul 2 pingat gangsa dan secara keseluruhan menduduki tangga yang ke enam belas daripada 24 buah pasukan. Apa yang penulis boleh simpulkan disini adalah:

1.Pasukan PIS masih perlu banyak belajar untuk menguasai acara olahraga terutama di dalam bidang
    Olahraga MSPM

2. Kaedah peningkatan  taktikal dan latihan taktikal perlu ditambah baik dan dilaksanakan secara
    profesional serta sistematik di dalam usaha melahirkan pelajar yang sangat berkemahiran dalam
    bidang masing-masing

3. Pengesanan atlet yang berbakat perlu dilaksanakan seawal yang mungkin untuk penyediaan atlet
    yang cukup ketahanan metal dan rohani disamping mengasah bakat sediaada atlet

SEMOGA DI MASA AKAN DATANG, KITA MAMPU MENADI PENERAJU BIDANG OLAHRAGA DI PERINGKAT MSP ATAUPUN PERINGKAT SUKIPT ,iNSYA ALLAH
   
Bergambar kenangan bersama KETUA PENGARAN ,KSU dan PENGARAH PIS & PMS 
KLIK
SUMBANGAN GANGSA DARI SENNA DALAM BIDANG LONTAR PELURU 

Tahniah buat Khaamin kerana berjaya mendapa gangsa dalam bidang LONTAR CAKERA

Friday 28 September 2012

SELAMAT BERJUANG PASUKAN OLAHRAGA PIS KE KEJOHANAN MSPM 2012

Pada 27 September 2012 hingga 1 OKTOBER 2012 seramai 14 atlet PIS menggalas cabaran di kejohanan Majlis Sukan Politeknik Malaysia ( MSPM) 2012 yang berlangsung di Muazam, Pahang dan Stadium Darul Makmur, Pahang  Di mana pada hari pertama semalam kita telah berjaya menggondol pingat gangsa dalam sukan LONTAR PELURU. Kami dari unit sukan ingin mengucapkan SELAMAT BERJUANG kepada barisan ATLET PIS. Fokuskan kepada kemenangan dan yakin ANDA BOLEH !!!!
ANTARA ATLET OLAHRAGA PIS MSPM 2012
BERPOSTING DI HADAPAN STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN PAHANG
PASANGAN KEMBAR SEIRAS PIS YANG MENGGALAS CABARAN LOMPAT TINGGI
HARI PERTAMA DI BALAPAN MINI STADIUM POLITEKNIK MUAZAM SHAH PAHANG
PERBINCANGAN BERSAMA COACH

Wednesday 26 September 2012

KAEDAH PENDAFTARAN PENGURUS PASUKAN/ JURULATIH/ ATLIT UNTUK KEJOHANAN SUKIPT

Berikut adalah kaedah untuk mendaftar pengurus pasukan/ jurulatih/ atlit untuk panduan pengurus pasukan PIS.Semoga dapat dijadikan panduan untuk semua.. SELAMAT MENCUBA, Jika ada permasalahan tuan/ puan bolehlah menghubungi pegawai sukan untuk tindakan selanjutnya.. terima kasih

LANGKAH 1

1. Masuk ke alamat : www.sukipt.com.my
2. Klik di bahagian link SISTEM SUKAN

LANGKAH 2


1. Masukkan EMEL dan KATA LALUAN yang telah diberi pada tuan/puan
2. Klik LOG MASUK

LANGKAH 3

1. Klik di bahagian PENDAFTARAN


LANGKAH 4


1.Klik di bahagian PASUKAN untuk dapatkan DIREKTORI ( - )
2. Double Klik dibahagian Pengurus/jurulatih/atliT














LANGKAH 5

1. Klik dibahagian bawah sekali sebelah kanan untuk tindkan selanjutnya













LANGKAH 6

1. Double Klik di bahagian acara sukan yang berkaitan di bahagian KATEGORI



LANGKAH 7

1. Isikan maklumat yang dikehendaki pada e-borang
2. Jangan lupa untuk insert picture sekali





LANGKAH 8


1. Klik save jika maklumat yang dikehendaki sudah selesai diisi. peraka bertanda * adalah wajib diisi


SELAMAT MENCUBA :)

** Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 September 2012
** Kegagalan untuk mendaftarkan diri mengikut tempoh masa akan menyebabkan pasukan anda
     tidak tersenarai dalam sukan SUKIPT nanti ..

Terima Kasih

Tuesday 25 September 2012

TAHNIAH PASUKAN BOLA JARING PUSPANITA PIS

Tahniah buat pasukan puspanita Bola Jaring Politeknik Ibrahim Sultan kerana berjaya menggondol tempat ketiga dalanm kejohanan Bola Jaring Puspanita Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia  pada 23/09/2012 ( AHAD ) yang lepas....

BARISAN ATLET BOLA JARING PUSPANITA PIS
DI PERLAWANAN SEPARUH AKHIR



Tuesday 18 September 2012

KEPUTUSAN TERKINI PENCAK SILAT OLAHRAGA DI SUKIPT

KEJOHANAN PENCAK SILAT ANTARABANGSA PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI ( SUKIPT), 2012

TARIKH: 17 HINGGA 23 SEPTEMBER 2012

TEMPAT : SQUARE ONE MALL, BATU PAHAT

ANJURAN: KPT DGN KERJASAMA UTHM DAN PESAKA MALAYSIA

SUASANA DEWAN YANG PENUH GAMAT
PENGURUS DAN JURULATIH


PENGURUS DAN JURULATIH 2
ANTARA AKSI PASUKAN PIS KITA ( TALI PINGGANG MERAH)
ALHAMDULILAH... PIS MENANG
  KEPUTUSAN TERKINI PASUKAN PENCAK SILAT PIS DI KEJOHANAN PENCAK SILAT ANTARABANGSA PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI ( SUKIPT ), 2012 BUAT MASA SEKARANG 19.09.2012 JAM 7.30 PAGI  ADALAH SEPERTI BERIKUT:

2 ORANG = BERJAYA KE SUKU AKHIR
3 ORANG = AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN PADA HARI INI
3 ORANG = TELAH TERSINGKIR


WALAUPUN PASUKAN BIDAN TERJUN PESILAT PIS YANG BARU DIWUJUDKAN 2 MINGGU SEBELUM KEJOHANAN, TETAPI TELAH MENUNJUKKAN SEMANGAT JUANG YANG SANGAT LUAR BIASA. IBARAT BERSESUAIAN DENGAN PEPATAH: PANTANG PENDEKAR BERUNDUR KALAH. 

SEMOGA PASUKAN SILAT OLAHRAGA PIS AKAN BERJAYA MERANGKUL KEJAYAAN NANTI DI BAWAH KEPIMPINAN PENGURUS PASUKAN: EN MOHD FAIRULLAH BIN MUHAMMADON... AMINN

TAHNIAH PASUKAN RAGBI PIS DI MSP 2012


SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PASUKAN RAGBI, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KERANA BERJAYA MERAIH TEMPAT KEDUA KEJOHANAN RAGBI PERINGKAT MSP BARU-BARU INI... SEMOGA PASUKAN RAGBI PIS DI BAWAH SELIAAN PENGURUS EN AZIZ BIN ABDULLAH AKAN TERUS MAJU DAN BERJAYA ....

Monday 10 September 2012

GO! GO! Pasukan Hoki Politeknik ke MHL 2012

Tahukah anda, buat julung-julung kalinya Politeknik KPT telah membuat penyertaan sulungnya ke Liga Hoki Malaysia ( MHL ) 2012. Seramai 6 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan juga telah terpilih untuk mewakili pasukan Hoki Politeknik kita. Mereka adalah:

1. EN MOHD AZHARI BIN MOHD ZAFREE - JKE
2. EN AHMAD MUZAMMIL BIN ZULKIFLI - JRKV
3. EN MUHAMMAD FAHMI BIN ZAINAL ABIDIN - JKM
4. EN MOHAMAD SYAZWAN BIN NOORDIN - JKE
5. EN MOHD SYARIF BIN MOHD NOR - JRKV
6. EN FITRI NADI AHMAD BIN TARMAN - JKE

Semoga pasukan Hoki kita akan mampu bersaing dalam liga Hoki MHL seterusnya dapat memberikan persembahan yang terbaik dalam merangkul liga Hoki MHL 2012.. Go Go Go Hoki Politeknik KPT

Para pasukan Hoki Politeknik KPT sedang menjalani latihan sebelum kejohanan
 Gambar 2
Gambar 3

Monday 3 September 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2012




Di Kesempatan ini pihak USK  ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke 55 tahun untuk semua warganegara MALAYSIA  terutama kepada warga POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN, Sememangnya kita semua sepatutnya  sangat-sangat bersyukur kerana dilahirkan di Negara Malaysia yang penuh barakah ini.

Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh ALLAH SWT dan negara yang kita sayangi ini sentiasa mendapat keamanan dan kemakmuran. Pihak USK mendoakan agar semua pembaca diberi kesihatan. 

Bermulanya hari kemerdekaan maka bermulah MSP Politeknik, yang mana acara permulaan adalah MSP BOLASEPAK yang akan berlangsung di PSMZA, disusuli MSP Bola Jaring dan RAGBI diikuti sukan-sukan yang lain. Pada bulan Oktober hingga pertengahan November pula nanti kita akan menghadapi Cabaran SUKAN IPT 
( SUKIPT 2012 ) yang akan berlangsung di sekitar LEMBAH KLANG, dimana jangkaan jumlah peserta adalah seramai 15, 000 orang daripada 100 kontinjen dari seluruh IPT di seluruh negara. Pihak USK mengalu-alukan penyertaan dari kalangan pelajar PIS yang ingin menggalas cabaran mengharumkan negara PIS. Tunjukkan BAKAT ANDA !!! 

Akhir kata dari pihak USK :


HIDUP 1 MALAYSIA !!!! 

SUKAN UNTUK SEMUA !!!