klik iklan-iklan menarik di bawah

Monday 2 December 2013

LAPORAN PERTANDINGAN CATUR RAKAN MUDA MERDEKA JOHOR BAHRU KE 23


LAPORAN PERTANDINGAN CATUR RAKAN MUDA MERDEKA JOHOR BAHRU KE 23
Disediakan : MAZLINA BINTI MOHD TAHIR

 
Baru-baru ini, Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar sepasukan pemain bagi menyertai Pertandingan Catur di antara daerah-daerah negeri johor 2013 - Piala menteri besar johor. Seramai 3 orang pelajar dan diiringi oleh seorang pengurus telah menyertai pertandingan ini yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, Johor Bahru. Pertandingan catur ini telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan catur daerah Johor Bahru dan Pusat Kegiatan Rakan Muda J.Bahru. Pertandingan ini merupakan platform terbaik bagi para peserta mencungkil bakat-bakat yang boleh diketengahkan  dalam sukan catur. Secara tidak langsung sukan ini dapat memberi pendedahan dan penglibatan kepada pelajar bagi aktiviti diluar bilik kuliah. Pertandingan ini mempunyai 3 kategori iaitu terbuka, bawah 17 dan bawah 12. Format pertandingan merupakan 5 pusingan Swiss dengan kawalan masa 20 minit bagi setiap pusingan.
            Memandangkan Politeknik Ibrahim Sultan mempunyai pemain catur yang pernah bertanding pada Sukan IPT yang lalu, serta pembabitan para peserta secara serius dalam sukan ini maka wajarlah pelajar-pelajar ini dicungkil bakatnya melalui kejohanan-kejohanan ada samada di sekitar Johor atau diluar negeri Johor bagi memberi pengalaman dan mengasah lagi bakat mereka. Melalui kejohanan yang mereka sertai ini akan memberikan mereka lebih banyak pengalaman serta tidak gementar bagi menghadapi kejohanan yang lebih besar.
            Sepanjang pertandingan berlangsung, semua wakil yang mewakili politeknik Ibrahim Sultan telah menunjukkan komitmen yang baik. Walaupun tidak berjaya memenangi mana-mana kategori namun para peserta telah mendapat banyak pengalaman daripada pertandingan yang dianjurkan selaras dengan objektif utama memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menimba sebanyak mana pengalaman sepanjang pertandingan yang disertai. Para peserta juga tidak merasa berputus asa diatas kegagalan yang dialami malah menerima dari sudut positif bahawa penyertaan kali ini adalah untuk menambah pengalaman dan pengetahuan tentang sukan catur.

            Diharapkan semoga para pelajar akan terus diberi pendedahan dengan menyertai kejohanan yang lebih besar bagi membuka minda mereka disamping memahirkan mereka dengan teknik-teknik catur yang lebih berguna. Semoga sukan catur akan lebih berjaya sepertimana sukan-sukan yang lain yang telah wujud di Politeknik Ibrahim sultan.
 
 

 
 
 

 

No comments: