klik iklan-iklan menarik di bawah

Monday, 13 August 2012

KURSUS PENGURUSAN KELAB SUKAN DAN REKREASI, PIS

NAMA PROGRAM:   KURSUS PENGURUSAN KELAB SUKAN DAN REKREASI
TEMPAT                :   KOMPLEKS SUKAN BELIA RAKAN MUDA, DESARU
TARIKH                  :  3 HINGGA 5 OGOS 2012 ( JUMAAT HINGGA SABTU)
SASARAN              :  40 PESERTA KELAB SUKAN DAN REKREASI

Pembentangan Kumpulan
Melaksanakan tugasan yang diberi oleh pihak konsultan
aktiviti riadah
 PENGENALAN :

 Kursus Pengurusan Kelab Sukan dan Rekreasi, Politeknik Ibrahim Sultan adalah merupakan  sebuah organisasi yang diwujudkan oleh Unit Sukan, Politeknik Ibrahim Sultan bagi melicinkan lagi sistem pengurusan organisasi Unit Sukan, Politeknik Ibrahim Sultan. Sekaligus merapatkan lagi hubungan diantara pelajar dengan staf Unit Sukan. Kursus seperti ini membolehkan para peserta untuk terlibat secara langsung dengan kejohanan-kejohanan yang dilakukan oleh pihak Unit Sukan serta mempelajari selok belok pengurusan sesuatu kejohanan sukan  itu dilaksanakan. Kursus Pengurusan Kelab Sukan dan Rekreasi ini adalah merupakan Kelab Sukan dan Rekreasi yang pertama yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Oleh itu, program seperti ini perlu dilaksanakan bagi memacu usaha agar dapat melahirkan kecemerlangan bagi Unit Sukan seiring untuk mencapai matlamat Politeknik bagi berstatus Universiti pada tahun 2015. Selain itu, melalui kursus ini dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdaya saing. Adalah juga dirasakan bahawa dengan adanya program seumpama ini pelajar-pelajar dapat melatih diri agar sentiasa proaktif bukan sahaja dalam bidang akademik malahan bidang kokurikulum serta pengurusan. Oleh yang demikian, pihak Unit Sukan berharap dengan adanya kursus ini dapat membantu dan membimbing pelajar-pelajar ke arah menjadi insan yang seimbang dari pelbagai aspek seperti jasmani, emosi , rohani, intelek dan sumber modal insan  yang akan menggarap kesinambungan kecemerlangan negara.


RASIONAL KURSUS:

Rasional kursus ini dijalankan adalah untuk membentuk sebuah Kelab Sukan dan Rekreasi yang unggul agar dapat membantu pengurusan pihak Unit Sukan bagi menguruskan kejohanan-kejohanan yang dirancang oleh Unit Sukan. Oleh itu, para peserta  perlulah melalui pelbagai aktiviti dan input yang membolehkan memberi mereka semangat dan keinginan bagi memperkasakan diri sendiri agar boleh menjadi seseorang yang berpesonaliti unggul lagi berdaya saing di era global ini.


Bagi merealisasikan usaha ini para peserta perlu diberikan bimbingan melalui kepelbagaian aktiviti dalam satu program khas. Program tiga hari dua malam akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang diharap dapat memberi maklumat dan pengalaman untuk menjadi seorang individu yang lebih berkeyakinan dan berwawasan. Semoga dengan pengalaman dan pengetahuan yang bakal ditimpa para peserta , dapat mambantu pelajar-pelajar agar berjaya dengan cemerlang dalam aspek fizikal, emosi, rohani, intelek juga sosial. 


TUJUAN/OBJEKTIF KURSUS:

·         Membantu meningkatkan pencapaian kecemerlangan sistem pengurusan Unit Sukan Politeknik
       Ibrahim Sultan.

·         Membentuk sebuah  Kelab Sukan dan Rekreasi yang proaktif dan dinamik.

·         Memahirkan para peserta mengenai cara pengurusan sesebuah organisasi dan kejohanan-
       kejohanan sukan di Politeknik Ibrahim Sultan.






No comments: