Pertama sekali, penulis ingin memanjatkan doa kesyukuran saya kehadrat Allah swt kerana dengan berkat dan inayahnya, akhirnya berjaya juga dihasilkan website Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan. Semoga dengan adanya website ini dapatlah dijadikan basement atau tapak terutama kepada kita semua untuk menjadikan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai peneraju sukan di peringkat yang tertinggi.
Beriadah, rekreasi dan bersukan adalah rutin aktiviti sihat
yang perlu diamalkan. Selain ianya dapat menyihatkan tubuh badan, ianya dapat
memberi ketenangan, mengurangkan stress tekanan dan memupuk semangat
kekeluargaan, kejiranan serta merapatkan tali silaturahim sesama
masyarakat. Selain
menelaah, belajar, menjalani peperiksaan di dalam kelas, aktiviti yang sihat seperti beriadah dan aktif dalam bidang ko-kurikulum dapat
membawa minat kita semua untuk aktif dalam kegiatan harian secara tidak langsung dapat mencergaskan minda, jasmani dan rohani . Kcemerlangan sistem pendidikan
seharusnya bukan hanya diukur melalui prestasi peperiksaan tetapi juga kepada
aktiviti sukan dan aktiviti luar kelas samada dalam bentuk persatuan, badan
beruniform atau juga pertandingan bukan sukan yang lain seperti debat, bahas,
matematik dan sebagainya.
Akhir kata dari penulis, mohon ampun dan maaf kiranya ada yang terkurang semasa proses menghasilkan website ini. Semoga dengan adanya website ini dapatlah dijadikan wadah untuk mendapatkan sebarang maklumat ataupun apa-apa informasi berkaitan dengan aktiviti sukan dan kokurikulum di peringkat Politeknik Ibrahim Sultan khususnya. Sekian ....
"Badan yang sihat menzahirkan keceriaan dan kecerdasan"
No comments:
Post a Comment