klik iklan-iklan menarik di bawah

Thursday, 22 August 2013

LAPORAN KURSUS KEPEGAWAIAN KELAB BELIA DAN SUKAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN


          Pada 19 hingga 21 Julai 2013 yang lepas, seramai 40 orang ahli Kelab Belia Dan Sukan, Politeknik Ibrahim Sultan telah mennyertai Kursus Kepegawaian Kelab Belia Dan Sukan di Suara Chalet Resort, Mersing, Johor. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai kira-kira 40 orang ahli dari Kelab Belia Dan Sukan dan dua orang penasihat kelab iaitu En Mohd Fairullah Bin Muhammadon dan En Mohamed Rafi Bin MS Solaiman.
            Kelab Belia Dan Sukan, Politeknik Ibrahim Sultan adalah merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan oleh Unit Sukan, Politeknik Ibrahim Sultan bagi melicinkan lagi sistem pengurusan organisasi Unit Sukan, Politeknik Ibrahim Sultan. Sekaligus merapatkan lagi hubungan diantara pelajar dengan staf Unit Sukan. Kursus seperti ini membolehkan para peserta untuk terlibat secara langsung dengan kejohanan-kejohanan yang dilakukan oleh pihak Unit Sukan serta mempelajari selok belok pengurusan sesuatu kejohanan sukan itu dilaksanakan. Kursus Kepegawaian Kelab Sukan dan Rekreasi ini adalah merupakan Kelab Sukan dan Rekreasi yang pertama yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Oleh itu, program seperti ini perlu dilaksanakan bagi memacu usaha agar dapat melahirkan kecemerlangan bagi Unit Sukan seiring untuk mencapai matlamat Politeknik bagi berstatus Universiti pada tahun 2015. Selain itu, melalui kursus ini dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdaya saing. Adalah juga dirasakan bahawa dengan adanya program seumpama ini pelajar-pelajar dapat melatih diri agar sentiasa proaktif bukan sahaja dalam bidang akademik malahan bidang kokurikulum serta pengurusan. Oleh yang demikian, pihak Unit Sukan berharap dengan adanya kursus ini dapat membantu dan membimbing pelajar-pelajar ke arah menjadi insan yang seimbang dari pelbagai aspek seperti jasmani, emosi , rohani, intelek dan sumber modal insan yang akan menggarap kesinambungan kecemerlangan negara.


            Para peserta perlu melalui modul-modul dalam kursus ini seperti Kesedaran Potensi Diri, Pengurusan Kendiri, Mental Warior, Kuasai Arus Komunikasi berkesan dan halangan. Selain dapat membantu meningkatkan pencapaian kecemerlangan sistem pengurusan Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan, kursus ini juga mampu membentuk sebuah Kelab Sukan dan Rekreasi yang proaktif dan dinamik. Disamping dapat memahirkan para peserta mengenai cara pengurusan sesebuah organisasi dan kejohanan-kejohanan sukan di Politeknik Ibrahim Sultan.

            Semoga dengan adanya program ini dapat membantu meningkatkan lagi kecemerlangan sistem pengurusan dan pentadbiran Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan di masa akan datang. Disamping dapat melahirkan pelajar yang berkepimpinan serta proaktif dalam menjayakan sesuatu kejohanan atau majlis yang dilaksanakan di Politeknik Ibrahim Sultan yang secara tidak langsung akan menjaga nama baik serta imej Politeknik Ibrahim Sultan dalam merealisasikan matlamat Politeknik untuk menjadi sebuah institusi bertaraf Universiti menjelang tahun 2015 akan lebih cemerlang untuk direalisasikan.
SEBAHAGIAN PESERTA BERGAMBAR KENANGAN
KHUSYUK MENDENGAR SEMINAR
BERSIAP SEDIA UNTUK PROGRAM, SETERUSNYA
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
MAJLIS ILMU
SENAMAN PAGI
SALAH SATU AKTIVITI RIADAH
PENYAMPAIAN HADIAH

No comments: