Pada 24 hingga 26 Januari 2013, unit sukan P.I.S bersama dengan 8 orang ahli kelab Sukan Dan Rekreasi ( Sekretariat Sukan ) telah melakukan aktiviti lawtan ke Tanjung Pinang, Indonesia selama 3 hari 2 malam. Sebenarnya objektif utama lawatan ini adalah lebih kepada penghargaan kepda ahli kelab yang selama ini telah bertungkus lumus menjayakan misi dan program-program pembangunan sukan di PIS. Walaupun kelab ini masih berusia muda iaitu 5 bulan, tetapi kelab ini telah berjaya mengorak langkah hingga ke peringkat persada seperti penglibatan ahli dalam membantu LIGA HOKI MALAYSIA dan SUKAN IPT ASEAN anjuran Majlis Sukan Politeknik di samping berkolaborasi dengan pihak sekolah-sekolah, Sukan Yayasan Negeri peringkat Kebangsaan dan PUSPANITA peringkat Politeknik Malaysia membantu dalam bidang sekretariat penganjuran kejohanan sukan terterntu. Sememangnya segala pengorbanan dan semangat yang ditunjukkan oleh semua ahli kelab bolehlah menjadi lambang kepada pembangunan sukan di P.I.S disamping kesediaan semua ahli kelab dalam membantu dari segi penganjuran dan kelancaran sesuatu kejohanan sukan. Diharap agar kelab ini akan terus berkembang dan menjadi mercu dan simbol kepada institusi-institusi yang lain. Unit Sukan mengucapkan tahniah kepada yang terpilih dan kepada yang lain semoga anda semua dapat lebih berkomitmen demi memartabatkan sukan di P.I.S khususnya.... jom kita layan gambar di bawah ..... :)
sebelum berlepas ke tanjung pinang |
di jeti the zone, stulang |
suasana di atas feri |
bersama ahli kelab Sukan |
klik |
suasana di jeti tanjung pinang yang menambil masa lebih kurang 3 jam dari jeti stulang |
klik |
klik |
klil |
menuju ke pulau penyengat, indonesia |
apa ribut2 ni pak.. ibukk |
bila plaks amirul wat part time kat sini |
lawatan ke rumah adat |
jauh menung tu |
di benteng pertahanan semasa jajahan belanda |
gambar kenag-kenangan |
inilah sejarah johor dahulu |
terminal feri tanjung pinang |
cip kata tembak.. korang kena tembak |
klik |