LAPORAN PENYERTAAN PASUKAN SILAT POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
KE KEJOHANAN PENCAK SILAT DAN JEMPUTAN
ANTARABANGSA EDISI-4 ANJURAN
KEMENTERIAN PENNGAJIAN TINGGI
MALAYSIA
Pada
21 hingga 27 Mei 2013, Pasukan Silat Politeknik Ibrahim Sultan telah menyertai
Kejohanan Pencak Silat Dan Jemputan Antarabangsa Edisi-4 anjuran Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia yang diadakan di Universiti Perguruan Sultan Idris (
UPSI ), Perak. Kejohanan ini disertai oleh
60 buah IPTA dan IPTS di seluruh negara dan jemputan negara luar seperti
Indonesia, Thailand, Vietnam, Bangladesh, Singapura, Myanmar dan Laos .
Politeknik
Ibrahim Sultan telah menghantar 3 orang pesilat yang mewakili kategori
masing-masing iaitu saudara Mohd Muzakerien Bin Mohd Rosli, saudara Mohd Dhiyaurahman Bin Zulkipli
dan saudara Muhammad Ajwad Bin Ismail masing-masing dari Jabatan Kejuruteraan
Elektrik yang dibimbing oleh jurulatih En Faisal Bin Rohani dan pengurus En
Mohd Fairullah Bin Muhammadon.
Dalam kejohanan tersebut seorang
pesilat Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Mohd
Dhiyaurahman Bin Zulkipli telah berjaya ke peringkat separuh akhir dan berjaya
menggondol pingat gangsa manakala
dua pesilat yang lain masing-masing telah hanya berjaya keperingkat suku akhir.
Walaupun
pembentukan pesilat Politeknik Ibrahim Sultan masih muda dan masih setahun
jagung berbanding pasukan pesilat dari Institut Pengajian Tinggi yang lain tetapi masing-masing telah menunjukkan
kematangan dan pencapaian yang
membanggakan. Pihak Unit Sukan mengucapkan taniah kepada pasukan pesilat
yang telah bertungkus lumus dalam mengejar pingat dan misi kejuaraan dalam
memartabatkan sukan silat tanahair secara amnya.
Harapan
dari unit sukan agar para atlet dapat memperbaiki dan meningkatkan prestasi dan
keputusan untuk kejohanan akan datang.