LAPORAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN
PELAJAR
( KOLABORASI DAN KHIDMAT KOMUNITI )
DI BATAM DAN TANJUNG PINANG INDONESIA:
Dalam usaha menjadikan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia, Politeknik Ibrahim Sultan telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kegiatan mempromosi dan menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan dan komuniti global di luar negara. Sehubungan dengan itu, pada 26 hingga 28 Julai 2013 yang lepas, Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan telah menggalas cabaran dengan menganjurkan Program Pengantarabagsaan Pelajar ke Batam Dan Tanjung Pinang Indonesia yang melibatkan akitiviti Kolaborasi Dan Khidmat Komuniti. Dalam program ini seramai 20 orang pelajar telah terlibat diiringi bersama dengan 3 orang pegawai pengiring iaitu En Mohd Fairullah Bin Muhammadon, En Mohamed Rafi Bin M.S Solaiman dan En Khairul Nazry Bin Talib.
Objektif utama program ini selain dapat menjana mahasiswa yang lebih beridealisme, proaktif dan kreatif serta mampu berdaya saing menerusi pemerhatian serta penglibatan yang lebih terbuka di peringkat global, program ini juga mampu memberikan beberapa impak seperti memartabatkan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia amnya dan Politeknik Ibrahim Sultan khususnya pada kelasnya tersendiri dengan dunia luar dalam hasratnya mencapai status bertaraf antarabangsa seiring dengan pendekatan transformasi politeknik ke arah globalisasi Melalui program khidmat komuniti ini juga para peserta dapat menanamkan sifat kasih sayang dan peka kepada perkembangan nasib masyarakat yang menimpa terutama di peringkat global.
Pada hari pertama, peserta telah melawat ke rumah panti asuhan anak-anak yatim dan menghulur sedikit bantuan berupa sumbangan cenderahati, wang ringgit dan pakaian-pakain kepada anak-anak yatim. Pesrerta juga mendiami rumah keluarga angkat mereka di Perkampungan Kampung Melayu Batu Besar Nongsa, Batam. Pada sebelah petang, peserta membuat pertunjukan permainan hoki kepada masyarakat kampong dan anak-anak yatim panti asuhan Yayasan Miftahul Hasanah.
Pada hari kedua dan ketiga peserta telah berangkat ke Tanjung Pinang, Indonesia dengan menaiki feri yang memakan masa hampir sejam dari Terminal Feri Punggor, Batam dan terus menuju ke Sebuah Perkampungan Pulau Penyengat untuk membuat aktiviti gotong royong pembersihan masjid yang tertua di daerah ini iaitu Masjid Telur Pulau Penyengat yang diibna sejak tahun 1844. Peserta juga dibawa kelililng pulau ini dengan menaiki beca motor untuk melawat tempat-tempat peninggalan sejarah di pulau ini seperti makam-makam, istana lama dan kubu benteng pertahanan semaasa zaman penjajahan British.
secara keseluruhan, program ini mencpai objektif seperti tyang telah disasarkan secara tidak langsung impak dan kesan yang positif dalam mencapai matlamat meningkatkan imej politeknik khususnya Politeknik Ibrahim Sultan ke arah Transformasi politeknik untuk menjadikan Politeknik ini terkenal di peringkat global.