LAPORAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN
PASUKAN
HOKI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DI
JAKARTA ,INDONESIA
DISEDIAKAN: EN
KHAIRULNAZRY BIN TALIB ( PENGURUS PASUKAN HOKI PIS)
Pada
25 hingga 28 November 2013, pasukan hoki lelaki Politeknik Ibrahim Sultan yang diwakili
oleh 15 orang pemaian dan 4 orang
pegawai telah mengadakan satu program
perlawanan persahabatan antarabangsa
bersama 2 buah Institusi Pengajian Tinggi Indonesia iaitu Universitas Trisakti
Jakarta dan Universitas Negeri Jakarta.
Siri perlawanan persahabatan atau di panggil “ Jakarta Tour 2013 “ ini adalah
bertujuan untuk menjalinkan kerjasama di dalam bidang sukan dan akademik
diantara Politeknik Ibrahim Sultan dengan Universitas yang telah di pilih ini.
Selain itu juga program ini dirangka bagi
membolehkkan pihak Politeknik mengenalpasti dan mempromosikan satu kejohanan
Hoki TVET Peringkat Asean di antara Institusi –institusi di rantau
asean yang dijadualkan akan berlangsung pada pertengahan tahun 2014.
Perlawanan
persahabatan pertama berlangsung pada 26 November 2013 jam 8.00 malam bertempat di Stadium Hoki
Senayan, Jakarta. Perlawanan pertama ini
pasukan PIS menentang pasukan dari Universitas Trisakti, Jakarta. Pasukan
hoki Universitas trisakti merupakan
Juara Liga DKI Jakarta untuk 3 tahun berturut-turut. Perlawanan ini di adili oleh 2 orang pengadil
juga dari Indonesia. Pasukan Universitas Trisakti ini telah mengejutkan pasukan
PIS dengan menbuat jaringan awal pada minit yang pertama. Namun begitu
pemain-pemain PIS tidak tergugat dan mereka telah melancarkan serangan demi
serangan untuk memburu gol penyamaan. Gol penyamaan hadir berselang 5 minit
dari jaringan pertama pasukan Universitas Trisakti hasil daripada pukulan sudut
penalti. Perlawanan pada malam ini lebih banyak di kuasai oleh pasukan PIS dan
kedudukan pada separuh masa pertama adalah
3-1 berpihak kepada PIS. Pada separuh masa ke-2 pasukan PIS menggandakan serangan dan
berhasil menambah 1 lagi gol pada penghujung babak perlawanan Unisakti telah
mendapat 1 gol lagi dan perlawanan berkesudahan PIS menewaskan Universitas Trisakti dengan jaringan 4-2. Perlawana tamat pada jam 10 malam.
Perlawanan
ke-2 pula berlangsung pada 27 November 2013 pada jam 6 pertang. Pasukan yang di
tentang pada kali ini adalah pasukan
Universitas Negeri Jakarta. Pasukan ini diperkuatkan oleh 3 orang pemain
hoki kebangsaan Indonesia. Kebanyakan pemain bagi UNJ ini adalah pemain bagi
daerah Jakarta. Perlawanan kali ini adalah lebih mencabar memandangkan
pemain-pemain pasukan UNJ ini lebih berpengalaman. Keadaan perlawanan lebih seimbang dan serang
menyerang di antara 2 pasukan sering sahaja berlaku. Kesudahan perlawanan ini berpihak kepada PIS
dengan jaringan 1-0. Setlah tamat
perlawanan ini pasukan PIS d pelawa
untuk bermain menentang bersama sebuah
pasukan kelab yang dibarisi oleh warga Belanda yang di kenali sebagai ISCI.
Setelah perbincangan di antara pengurus pasukan PIS bersetuju untuk bermain
selama 35 minit sahaja. Ini dilakukan kerana pemain keletihan kerana telah
bermain selama 70 minit ketika menentang UNJ. Pada perlawanan ini PIS telah
Berjaya membelasah pasukan ISCI dengan jaringan yang agak besar iaitu 6-0. Permainan tamat pada jam 9 malam.
Pada
hari terakhir pemain di bawa melawat ke Taman mini Indonesia di samping itu
pemain juga di beri kesempatan untuk membeli belah cenderamata dah keperluan
mereka di pusat membeli belah Mangga Dua. Namun begitu pada ketika para pemain
di bawa melawat tempat pelancongan di Jakarta, Pengawai-pegawai pasukan telah
mengadakan pertemuan bersama Bapak Drs. I Bonjol Siagian Ketua Biro Administrasi Kemahasiswaan
Universitas Trisakti di Kampus Universitas Trisakti. Pertemuan ini di lakukan
bagi membincangkan hubungan kolaborasi yang boleh di lakukan di samping
membincangkan tentang penawaran untuk menjemput Universitas Trisakti untuk
turut menyertai kejohanan hoki TVET peringkat ASEAN yang dijangkakan di adakan
pada tahun 2014. Pihak Universitas Trisakti menyatakan sokongan dan akan turut
serta menyertai sekiranya jadual pertandingan bersesuaian dengan jadual mereka.
Pasukan PIS meninggalkan bumi Indonesia
pada jam 7.30 malam 28 November 2013 dan
selamat tiba di KLIA pada jam 10.30 malam.
Segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar selama 4 hari di Negara
asing diharapkan dapat mematangkan mereka pada masa yang akan datang.
BERGAMBAR BERSAMA PASUKAN HOKI UNIVERSITAS TRISAKTI, INDONESIA |
BERGAMBAR BERSAMA PENGURUS KELAB ISCII JAKARTA |
SIMBOLIK SALAM OLAHRAGA BERASAMA BIRO ADMINISTRASI KEMANUSIAAN UNIVERSITAS TRISAKTI |
BERGAMBAR BERSAMA KELAB ISCII , JAKARTA |
BERGAMBAR BERSAMA PASUKAN UNIVERSITAS NEGERI JAKARTA |