klik iklan-iklan menarik di bawah

Thursday, 3 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU.. 2013

 
Salam buat pembaca semua ....




Diam tak diam, kita dah memasuki alaf 2013. Alhamdulilah, segala pujian duntuk Allah Swt kerana memberi kita ruang kesempatan waktu untuk terus hidup di muka bumi yang penuh barakah ini .. Apa azam anda semua pada tahun ni ?? atau ??? ingin meneruskan azam tahun lalu yang belum kesampaian hehehehe .. Apa-apa pun kami dari unit sukan mengucapkan selamat maju jaya dan semoga azam yang dicita-citakan itu akan tercapai.... Begitu juga kepada para pelajar semua.. tanamkan juga azam untuk meningkatkan mata pointer masing-masing . 
 
Tahun ni, kami awal-awal lagi sibuk dengan perancangan untuk tahun 2013. Nampaknya jadual unit sukan semakin padat.. semuanya kerana anda semua yang memberi kami support moral untuk membangunkan sukan di Politeknik Ibrahim Sultan ni ....

 
Insya allah, pada bulan ni kita akan menghadapi satu kejohanan SUKAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN  2013. SUKAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN yang mana buat julung kalinya diadakan anjuran dari UNIT SUKAN Politeknik Ibrahim Sultan.  Objektif utama kejohanan  ini dilaksanakan adalah untuk membudayakan budaya sukan di kalangan Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dan Mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan dalam bidang sukan tertentu untuk dipilih mewakili Politeknik Ibrahim Sultan ke peringkat yang tertinggi dalam bidang sukan.. Jadi, apa lagi jangan lepaskan peluang anda semua untuk menyertai kejohanan sukan ini. 


 
Kepada semua juga khususnya para pelajar semua, kami juga mengucapkan Selamat naik ke semeter baru... Jangan lupa peranan dan tujuan anda ke sini adalah untuk menimba ilmu pengetahuan bukan sahaja setakat di dalam bilik darjah tetapi melalui bidang-bidang ko-kurikulum ... SELAMAT MAJU JAYA !!!

No comments:

Daily Calendar